Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsAppPusat Info
WHATSAPP WEB
CIRI
MUAT TURUN
KESELAMATAN
PUSAT BANTUAN

Pilih bahasa anda

  • azərbaycan

  • Afrikaans

  • Bahasa Indonesia

  • Melayu

  • català

  • čeština

  • dansk

  • Deutsch

  • eesti

  • English

  • español

  • français

  • Gaeilge

  • hrvatski

  • italiano

  • Kiswahili

  • latviešu

  • lietuvių

  • magyar

  • Nederlands

  • norsk bokmål

  • o‘zbek

  • Filipino

  • polski

  • Português (Brasil)

  • Português (Portugal)

  • română

  • shqip

  • slovenčina

  • slovenščina

  • suomi

  • svenska

  • Tiếng Việt

  • Türkçe

  • Ελληνικά

  • български

  • қазақ тілі

  • македонски

  • русский

  • српски

  • українська

  • עברית

  • العربية

  • فارسی

  • اردو

  • বাংলা

  • हिन्दी

  • ગુજરાતી

  • ಕನ್ನಡ

  • मराठी

  • ਪੰਜਾਬੀ

  • தமிழ்

  • తెలుగు

  • മലയാളം

  • ไทย

  • 简体中文

  • 繁體中文(台灣)

  • 繁體中文(香港)

  • 日本語

  • 한국어

  • Muat Turun

  • Ciri-ciri

  • Keselamatan

  • Pusat Info

  • Berhubunglah

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.
  1. Umum
  2. Sekuriti dan Privasi

Cara untuk kekal selamat menggunakan WhatsApp

Keselamatan dan perlindungan anda dan mesej anda amat penting bagi kami. Kami ingin anda mengetahui tentang alat dan ciri yang telah kami reka untuk membantu anda kekal selamat ketika menggunakan WhatsApp.

Terma Perkhidmatan Kami

Salah satu cara untuk membantu anda kekal selamat menggunakan WhatsApp adalah melalui Terma Perkhidmatan kami. Terma Perkhidmatan kami menggariskan aktiviti yang dilarang, termasuk perkongsian kandungan (dalam status, foto profil atau mesej) yang menyalahi undang-undang, lucah, memfitnah, mengancam, menakutkan, mengganggu, membenci, bersifat perkauman atau menyerang etnik, atau menghasut dan menggalakkan kelakuan yang menyalahi undang-undang, tidak wajar atau melanggar Terma Perkhidmatan kami. Kami akan menyekat pengguna jika kami percaya bahawa pengguna tersebut melanggar Terma Perkhidmatan kami.

Untuk maklumat lanjut atau contoh aktiviti yang melanggar Terma Perkhidmatan kami, sila semak bahagian “Penggunaan Perkhidmatan Kami Yang Boleh Diterima” pada Terma Perkhidmatan kami. Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang sekatan akaun di sini.

Berhati-hati dengan perkara yang anda kongsikan

Kami menggalakkan anda berfikir dengan teliti sebelum anda berkongsi sesuatu dengan kenalan WhatsApp anda. Pertimbangkan sama ada anda ingin orang lain melihat perkara yang telah anda hantar.

Apabila anda berkongsi sembang, foto, video, fail atau mesej suara dengan orang lain pada WhatsApp, mereka akan mempunyai salinan mesej tersebut. Mereka akan mempunyai keupayaan untuk memajukan atau berkongsi mesej ini dengan orang lain jika mereka memilih untuk melakukannya. Untuk maklumat tentang ciri sekali paparan, sila baca artikel ini.

WhatsApp juga mempunyai ciri lokasi yang boleh anda gunakan untuk berkongsi lokasi anda pada mesej WhatsApp. Anda hanya patut berkongsi lokasi anda dengan orang yang anda percayai.

Ketahui lebih lanjut tentang cara menggunakan WhatsApp secara bertanggungjawab dalam artikel ini.

Ciri keselamatan dan perlindungan

Di WhatsApp, kami telah mencipta beberapa kawalan asas yang boleh anda selaraskan untuk membantu anda kekal selamat.

Tetapan privasi

Selaraskan tetapan privasi anda untuk mengawal individu yang dapat melihat maklumat anda. Anda boleh menetapkan maklumat terakhir dilihat, foto profil, atau status anda kepada pilihan yang berikut:

  • Semua Orang: Maklumat terakhir dilihat, foto profil, atau status anda akan dapat dilihat oleh semua pengguna WhatsApp.
  • Kenalan Saya: Maklumat terakhir dilihat, foto profil, atau status anda akan dapat dilihat oleh kenalan daripada buku alamat anda sahaja.
  • Tiada Sesiapa: Maklumat terakhir dilihat, foto profil, atau status anda tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun.

Ketahui tentang tetapan privasi ini pada: Android | iPhone

Resit dibaca

Anda juga boleh mematikan ciri resit dibaca. Jika anda mematikan ciri resit dibaca, anda tidak akan menghantar atau menerima resit dibaca. Harap maklum bahawa resit dibaca sentiasa dihantar untuk sembang grup, walaupun anda mematikan pilihan tersebut dalam tetapan privasi anda. Ketahui lebih lanjut tentang resit dibaca pada Android, iPhone, atau KaiOS.

Ketahui tentang tetapan privasi ini pada: Android | iPhone

Menyekat atau melaporkan kenalan dan mesej

Kami menggalakkan anda untuk melaporkan kandungan dan kenalan yang bermasalah kepada kami. Anda boleh mengawal individu yang berinteraksi dengan anda dengan menyekat kenalan tertentu atau melaporkan mesej atau kenalan pada WhatsApp. Apabila anda menerima foto atau video sekali paparan, anda boleh melaporkan akaun tersebut secara terus kepada kami daripada pemapar media. Ketahui perkara yang berlaku apabila anda menggunakan ciri sekat dan lapor kami, dan cara melakukannya, dalam artikel ini.

Sumber keselamatan tambahan

Jika anda merasakan bahawa anda atau orang lain sedang dalam bahaya, sila hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda.

Jika anda percaya seseorang ingin mencederakan diri dan anda bimbang akan keselamatan mereka, sila hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda atau talian penting niat membunuh diri.

Jika anda menerima atau mendapati kandungan yang menunjukkan kanak-kanak didera atau dieksploitasi, sila hubungi Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi (National Center for Missing and Exploited Children, NCMEC). Anda juga boleh melaporkan pengguna tersebut. Ketahui lebih lanjut tentang membuat laporan di sini. Sila jangan sertakan sebarang tangkapan skrin kandungan dalam laporan anda.

Sumber berkaitan

Cara menggunakan WhatsApp secara bertanggungjawab

Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Mengapa artikel ini tidak membantu?
  • Artikel itu mengelirukan
  • Artikel itu tidak menjawab soalan saya
  • Penyelesaiannya tidak berhasil
  • Saya tidak suka ciri atau dasar itu
Terima kasih atas maklum balas anda
Pusat Info

WHATSAPP

Ciri-ciri

Keselamatan

Muat Turun

WhatsApp Web

Perniagaan

Privasi

SYARIKAT

Perihal

Kerjaya

Pusat Jenama

Berhubunglah

Blog

Cerita WhatsApp

MUAT TURUN

Mac/PC

Android

iPhone

BANTUAN

Pusat Info

Twitter

Facebook

Koronavirus

2022 © WhatsApp LLC

Terma & Privasi