Pusat Info
Pilih bahasa anda
  • azərbaycan
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Melayu
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • Filipino
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • العربية
  • فارسی
  • اردو
  • বাংলা
  • हिन्दी
  • ગુજરાતી
  • ಕನ್ನಡ
  • मराठी
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • 한국어
  • WhatsApp Web
  • Ciri-ciri
  • Muat Turun
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Muat Turun
  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Berhubunglah

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.
UmumSekuriti dan Privasi

Kekal selamat di WhatsApp

Keselamatan dan sekuriti anda dan mesej anda amat penting bagi kami. Kami ingin anda mengetahui tentang alat dan ciri yang telah kami reka untuk membantu anda kekal selamat ketika menggunakan WhatsApp. Kami juga menyediakan beberapa pautan kepada sumber lain yang dapat membantu anda untuk kekal selamat secara umum ketika berada dalam talian.

Terma Perkhidmatan Kami

Satu cara untuk membantu anda kekal selamat pada WhatsApp ialah melalui Terma Perkhidmatan kami. Terma Perkhidmatan kami menjelaskan aktiviti pada WhatsApp yang dilarang. Sebagai contoh, menghantar kandungan (dalam status, foto profil atau mesej) yang menyalahi undang-undang, lucah, memfitnah, mengancam, menakutkan, mengganggu, membenci, menyerang secara perkauman atau secara etnik atau menghasut atau menggalakkan kelakuan yang menyalahi undang-undang atau melanggar secara tidak wajar Terma Perkhidmatan kami. Kami akan menyekat pengguna jika kami percaya bahawa pengguna tersebut melanggar Terma Perkhidmatan kami.

Untuk maklumat lanjut tentang contoh aktiviti yang melanggar Terma Perkhidmatan kami, sila semak bahagian "Penggunaan Perkhidmatan Kami yang Boleh Diterima" di Terma Perkhidmatan kami.

Alat

Pada WhatsApp, kami telah mencipta beberapa kawalan asas yang boleh anda selaraskan untuk membantu anda melindungi diri sendiri:

Kawal individu yang dapat melihat maklumat anda

Anda boleh menetapkan terakhir dilihat, foto profil dan/atau status ke pilihan yang berikut:

Semua orang: Maklumat terakhir dilihat, foto profil dan/atau status anda akan tersedia untuk semua pengguna WhatsApp.

Kenalan Saya: Maklumat terakhir dilihat, foto profil dan/atau status anda akan tersedia untuk kenalan daripada buku alamat anda sahaja.

Tiada Sesiapa: Terakhir dilihat, foto profil dan/atau status anda tidak akan tersedia untuk sesiapa pun.

Jika anda mematikan Resit dibaca, anda tidak akan menghantar resit dibaca. Anda juga tidak akan dapat melihat resit dibaca pengguna lain.

Nota:Resit Dibaca sentiasa dihantar untuk sembang grup, walaupun anda mematikannya dalam pilihan tetapan privasi anda.

Ketahui lebih lanjut tentang tetapan privasi pada: Android | iPhone

Kawal perkara yang anda lihat dan dengan siapa anda berkomunikasi

Anda boleh menyekat kenalan tertentu daripada berkomunikasi dengan anda melalui WhatsApp. Untuk maklumat lanjut tentang cara menyekat/menyahsekat kenalan dan untuk mengetahui perkara yang berlaku apabila anda menyekat kenalan, sila semak artikel berikut.

Kawal perkara yang anda kongsi

Anda juga boleh memutuskan perkara yang ingin dikongsikan dengan kenalan anda pada WhatsApp Kami menggalakkan anda untuk memikir dengan teliti sebelum anda kongsikan sesuatu. Tanya diri anda sendiri: Adakah anda ingin orang lain melihat apa yang telah anda hantar?

Sila ambil perhatian bahawa dalam amalan biasa penyediaan perkhidmatan kami, kami tidak menyimpan mesej selepas mesej tersebut disampaikan. Kami tidak menyimpan mesej selepas mesej dihantar melalui WhatsApp, untuk memastikan keselamatan, kesulitan dan sekuriti mesej yang anda hantar.

Namun, apabila anda berkongsi sembang, foto, video, fail atau mesej suara dengan orang lain pada WhatsApp, mereka akan mempunyai salinan mesej itu. Mereka akan mempunyai keupayaan untuk berkongsi semula mesej itu dengan orang lain di dalam atau di luar WhatsApp.

WhatsApp juga mempunyai ciri lokasi yang boleh digunakan untuk berkongsi lokasi semasa anda waktu itu melalui mesej WhatsApp. Anda hanya patut berkongsi lokasi anda dengan orang yang anda percayai.

Ciri-ciri keselamatan dan sekuriti lanjutan

Laporkan isu kepada WhatsApp

Anda boleh menghantar laporan kepada WhatsApp dengan menghubungi kami daripada aplikasi.

  • Pada Android: Hanya pergi ke WhatsApp > ketik Lagi opsyen > Tetapan > Bantuan > Hubungi kami.
  • Pada iPhone: Hanya pergi ke WhatsApp > Seting > Bantuan > Hubungi Kami.

Sila berikan maklumat sebanyak yang boleh.

Penting: Jika anda berasa bahawa anda atau orang lain berada dalam bahaya emosi atau fizikal, sila hubungi penguatkuasa undang-undang tempatan anda. Mereka dapat membantu dengan lebih baik dalam kes-kes sebegini.

Kami menggalakkan anda untuk melaporkan kandungan yang bermasalah kepada kami. Sila ambil perhatian bahawa untuk membantu memastikan keselamatan, kerahsiaan dan sekuriti mesej anda, kami secara umumnya tidak mempunyai kandungan mesej tersebut tersedia kepada kami, yang mengehadkan keupayaan kami untuk mengesahkan laporan tersebut dan mengambil tindakan.

Jika diperlukan, anda boleh mengambil tangkapan skrin kandungan tersebut dan kongsikannya, bersama dengan sebarang maklumat kenalan yang tersedia, dengan penguatkuasa undang-undang yang sewajarnya.

Laporkan

Apabila anda menerima mesej daripada nombor yang tidak dikenali untuk kali pertama, anda mempunyai pilihan untuk melaporkan nombor tersebut terus daripada sembang.

Anda juga boleh melaporkan kenalan atau grup daripada maklumat profil mereka dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka sembang.
  2. Ketik pada kenalan atau nama grup untuk membuka maklumat profil mereka.
  3. Tatal ke bawah dan ketik Lapor kenalan atau Lapor grup.

Setelah laporan dibuat, WhatsApp akan menerima mesej terbaharu yang dihantarkan kepada anda oleh pengguna atau grup yang dilaporkan, berserta dengan maklumat tentang interaksi terkini anda dengan mereka.

Sekatan

Kami mungkin akan menyekat akaun jika kami percaya bahawa aktiviti akaun tersebut melanggar Terma Perkhidmatan kami. Berdasarkan Terma Perkhidmatankami, kami berhak menyekat anda tanpa sebarang pemberitahuan. Sila ambil perhatian bahawa pengguna yang dilaporkan berkelakuan melanggar Terma Perkhidmatan kami tidak semestinya akan disekat atau diambil tindakan oleh kami.

Sila semak bahagian "Penggunaan Wajar Perkhidmatan Kami" pada Terma Perkhidmatan kami dengan berhati-hati untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan WhatsApp yang berpatutan dan aktiviti-aktiviti yang melanggar Terma Perkhidmatan kami.

Spam dan Penipuan

Kami bekerja keras untuk mengurangkan sebarang mesej spam yang memasuki sistem kami. Mencipta ruang selamat untuk pengguna berkomunikasi antara satu sama lain adalah keutamaan kami. Namun, sama seperti SMS atau panggilan telefon biasa, ada kemungkinan pengguna WhatsApp lain yang mempunyai nombor telefon anda akan menghubungi anda. Jadi, kami ingin membantu anda mengenal pasti dan mengurus mesej spam dan penipuan.

Mesej spam dan mesej penipuan mungkin atau mungkin tidak datang daripada salah seorang kenalan anda. Jenis mesej berikut menyebarkan maklumat palsu dan direka untuk menipu anda dan memprom anda untuk bertindak secara tertentu. Jika mesej kelihatan mencurigakan atau berbunyi terlalu bagus untuk dipercayai, jangan ketik, kongsi atau majukannya.

Berhati-hati dengan mesej yang:

  • Mempunyai ejaan atau tatabahasa yang salah
  • Meminta anda untuk mengetik pautan
  • Meminta anda untuk berkongsi maklumat peribadi anda (seperti kad kredit dan nombor akaun bank, tarikh lahir, kata laluan dan sebagainya)
  • Meminta anda untuk memajukan mesej
  • Meminta anda untuk mengklik pada pautan untuk "mengaktifkan" ciri baru
  • Menyatakan bahawa anda perlu membayar untuk menggunakan WhatsApp (WhatsApp adalah aplikasi percuma. Kami tidak akan meminta anda membayar untuk menggunakan WhatsApp dan anda tidak perlu membuat apa-apa untuk menggunakan WhatsApp dengan percuma.)
Perkara yang perlu dilakukan

Jika anda menerima mesej daripada nombor yang tidak diketahui, anda akan diberi pilihan untuk melaporkan nombor tersebut kepada WhatsApp terus daripada aplikasi.

Jika anda telah menerima spam daripada seorang kenalan, padamkan mesej dan jangan klik pada sebarang pautan atau memberikan maklumat peribadi. Maklumkan kenalan anda bahawa mesej yang telah mereka hantar mengandungi spam dan pandu mereka ke halaman keselamatan WhatsApp ini.

Anda juga boleh menghantar laporan kepada WhatsApp dengan menghubungi kami daripada aplikasi.

Sumber tambahan

Jika anda berasa anda atau orang lain berada dalam bahaya sekarang, sila hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda.

Jika anda menerima kandungan daripada seseorang yang ingin mencederakan diri sendiri dan anda bimbang akan keselamatan mereka, sila hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda atau hotline pencegahan bunuh diri.

Jika anda menerima atau menemui kandungan yang menunjukkan penganiayaan atau eksploitasi kanak-kanak, sila hubungi Pusat Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi Negara / National Center for Missing and Exploited Children (NCMEC).

Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Mengapa artikel ini tidak membantu?
  • Artikel itu mengelirukan
  • Artikel itu tidak menjawab soalan saya
  • Penyelesaiannya tidak berhasil
  • Saya tidak suka ciri atau dasar itu
Terima kasih atas maklum balas anda
Pusat Info

WhatsApp

  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Muat Turun
  • WhatsApp Web
  • Perniagaan
  • Privasi

Syarikat

  • Perihal
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Berhubunglah
  • Blog
  • Cerita WhatsApp

Muat Turun

  • Mac/PC
  • Android
  • iPhone

Bantuan

  • Pusat Info
  • Twitter
  • Facebook
  • Koronavirus
2021 © WhatsApp LLC
Terma & Privasi