Kadangkala, anda mungkin melihat mesej di atas menggantikan mesej yang dihantar daripada kenalan. Disebabkan oleh penyulitan hujung ke hujung, anda mungkin perlu menunggu mesej seseorang tiba kerana telefon mereka perlu berada dalam talian dan mesej anda perlu disulitkan dengan betul. Ini biasanya berlaku sekiranya anda atau individu yang sedang bersembang dengan anda telah memasang semula WhatsApp baru-baru ini.
Untuk mempercepatkan proses ini, anda boleh cuba meminta individu yang bermesej dengan anda untuk membuka WhatsApp di telefon mereka.
Untuk maklumat lanjut tentang penyulitan hujung ke hujung, sila baca kertas putih kami serta artikel ini.