Jika anda tinggal di negara dalam Kawasan Ekonomi Eropah (termasuk Kesatuan Eropah), dan mana-mana negara atau wilayah lain yang termasuk (secara kolektif dirujuk sebagai Wilayah Eropah), anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun (atau lebih dewasa seperti yang diperlukan di negara anda) untuk mendaftar dan menggunakan WhatsApp.
Jika anda tinggal di mana-mana negara lain kecuali di Wilayah Eropah, anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 13 tahun (atau lebih dewasa seperti yang diperlukan di negara anda) untuk mendaftar dan menggunakan WhatsApp.
Sila rujuk kepada Terma Perkhidmatan kami untuk maklumat lanjut.
Nota:
Jika anak anda yang berusia bawah umur telah mencipta akaun WhatsApp, anda boleh menunjukkan kepada mereka cara untuk memadamkan akaun mereka. Anda boleh mempelajari cara untuk memadamkan akaun dalam Pusat Bantuan kami.
Jika anda ingin melaporkan sebuah akaun yang dimiliki oleh seseorang yang berusia di bawah umur, sila hantarkan kepada kami sebuah emel. Dalam emel anda, sila sediakan dokumentasi berikut dan sembunyikan sebarang maklumat peribadi yang tidak berkaitan:
Kami akan menyahdayakan akaun WhatsApp dengan serta-merta jika ia disahkan bahawa akaun tersebut dimiliki oleh anak anda yang di bawah umur. Anda tidak akan menerima pengesahan tindakan ini. Keupayaan kami untuk menyelidiki dan mengambil tindakan sewajarnya atas laporan meningkat secara besar apabila anda menyediakan maklumat-maklumat seperti yang dinyatakan di atas.
Jika akaun anak yang dilaporkan tidak dapat disahkan sebagai milik pengguna yang di bawah umur, kami tidak akan dapat mengambil sebarang tindakan ke atas akaun tersebut. Dalam situasi ini, jika anda bukan ibu bapa anak ini, maka kami mencadangkan agar anda menggalakkan ibu-bapa untuk menghubungi kami dengan menggunakan arahan di atas.