Pada Android, iPhone dan KaiOS, anda boleh menentukan individu yang boleh menambah anda ke grup dengan melaraskan Tetapan WhatsApp anda.
Nota: Perubahan kepada tetapan privasi grup tidak boleh dilakukan pada WhatsApp Web atau Desktop, tetapi tetapan daripada telefon anda akan disegerakkan dengan WhatsApp Web dan Desktop.
Menukar tetapan privasi grup
Pergi ke Tetapan WhatsApp:
Android: Ketik Pilihan lain > Tetapan > Akaun > Privasi > Grup.
iPhone: Ketik Tetapan > Akaun > Privasi > Grup.
KaiOS: Tekan Pilihan > Tetapan > Akaun > Privasi > Grup.
Pilih salah satu daripada pilihan berikut:
Semua orang: Semua orang, termasuk individu luar daripada kenalan dalam buku alamat telefon anda boleh memasukkan anda ke grup tanpa kebenaran.
Kenalan Saya: Hanya kenalan dalam buku alamat telefon anda boleh memasukkan anda ke grup tanpa kebenaran. Jika pentadbir grup yang bukan dalam buku alamat telefon anda cuba memasukkan anda ke grup, mereka akan menerima pop timbul yang menyatakan bahawa mereka tidak boleh memasukkan anda dan akan diprom untuk mengetik Jemput ke Grup atau tekan Teruskan, diikuti dengan butang hantar, untuk menghantar jemputan ke grup secara peribadi melalui sembang individu. Anda mempunyai tiga hari untuk menerima jemputan tersebut sebelum ia tamat tempoh.
Kenalan Saya Kecuali...: Hanya kenalan dalam buku alamat telefon anda, kecuali mereka yang anda kecualikan boleh memasukkan anda ke grup tanpa kebenaran. Selepas memilih Kenalan Saya Kecuali... anda boleh mencari atau memilih kenalan untuk dikecualikan. Jika pentadbir grup yang anda kecualikan cuba memasukkan anda ke grup, mereka akan menerima pop timbul yang menyatakan bahawa mereka tidak boleh memasukkan anda dan akan diprom untuk mengetik Jemput ke Grup diikuti dengan butang hantar untuk menghantar jemputan ke grup secara peribadi melalui sembang individu. Anda mempunyai tiga hari untuk menerima jemputan tersebut sebelum ia tamat tempoh.