Pusat Info
Pilih bahasa anda
  • azərbaycan
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Melayu
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • Filipino
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • العربية
  • فارسی
  • اردو
  • বাংলা
  • हिन्दी
  • ગુજરાતી
  • ಕನ್ನಡ
  • मराठी
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • 한국어
  • WhatsApp Web
  • Ciri-ciri
  • Muat Turun
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Muat Turun
  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Berhubunglah

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.
UmumSekuriti dan Privasi

Perihal ciri penyulitan hujung ke hujung

Privasi dan keselamatan adalah asas kami, oleh sebab itulah kami membina ciri penyulitan hujung ke hujung dalam aplikasi kami. Apabila disulitkan hujung ke hujung, mesej, foto, video, mesej suara, dokumen, pengemaskinian status dan panggilan anda dilindungi daripada jatuh ke tangan yang salah.

Pemesejan Peribadi

Penyulitan hujung ke hujung WhatsApp digunakan apabila anda bersembang dengan orang lain menggunakan WhatsApp Messenger. Penyulitan hujung ke hujung memastikan hanya anda dan orang yang berkomunikasi dengan anda boleh membaca atau mendengar mesej yang dihantar, tiada orang perantaraan, walaupun WhatsApp. Ini adalah kerana dengan ciri penyulitan hujung ke hujung, mesej anda dilindungi dengan kunci, dan hanya penerima dan anda sahaja yang mempunyai kunci khas yang diperlukan untuk membuka dan membacanya. Semua ini berlaku secara automatik: Tidak perlu menghidupkan tetapan khas untuk melindungi mesej anda.

Pemesejan Perniagaan

Setiap mesej WhatsApp dilindungi oleh Protokol penyulitan isyarat yang sama yang melindungi mesej sebelum dihantar keluar daripada peranti anda. Apabila anda menghantar mesej kepada akaun perniagaan WhatsApp, mesej anda dihantar dengan selamat ke destinasi yang dipilih oleh perniagaan tersebut.

WhatsApp menganggap sembang dengan perniagaan yang menggunakan apl WhatsApp Business atau yang mengurus dan menyimpan mesej pelanggan mereka sendiri, akan disulitkan hujung ke hujung. Setelah mesej diterima, amalan pengendalian adalah tertakluk kepada amalan privasi perniagaan tersebut. Perniagaan mungkin melantik beberapa orang pekerja atau vendor lain untuk memproses dan membalas mesej.

Sesetengah perniagaan1 akan dapat memilih syarikat induk WhatsApp, Facebook, untuk menyimpan mesej dan membalas kepada pelanggan dengan selamat. Walaupun Facebook tidak akan menggunakan mesej anda untuk melaporkan iklan yang anda lihat secara automatik, perniagaan akan dapat menggunakan sembang yang mereka terima untuk tujuan pemasaran, yang mungkin termasuk pengiklanan di Facebook. Anda boleh menghubungi perniagaan tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan privasi mereka.

Nota: Status penyulitan sembang yang disulitkan hujung ke hujung tidak boleh diubah tanpa membuatkan perubahan itu jelas kepada pengguna. Untuk maklumat lanjut tentang sembang yang disulitkan hujung ke hujung, sila baca kertas putih kami.

Pembayaran

Pembayaran di WhatsApp, yang tersedia di negara-negara tertentu, membolehkan pemindahan antara akaun di institusi kewangan. Kad dan nombor bank disimpan secara tersulit dan dalam rangkaian yang sangat selamat. Namun, oleh kerana institusi kewangan tidak dapat memproses transaksi tanpa menerima maklumat yang berkaitan dengan pembayaran ini, maka pembayaran ini tidak disulitkan hujung ke hujung.

Apakah skrin "Pengesahan Kod Keselamatan" pada skrin info kenalan?

Sembang yang disulitkan hujung ke hujung mempunyai kod keselamatannya sendiri yang digunakan untuk mengesahkan bahawa panggilan dan mesej yang anda hantar kepada sembang tersebut disulitkan hujung ke hujung.

Nota: Proses pengesahan adalah opsyenal untuk sembang yang disulitkan hujung ke hujung, dan hanya digunakan untuk mengesahkan bahawa panggilan serta mesej yang anda hantar disulitkan secara hujung ke hujung.

Kod ini boleh didapati pada skrin info kenalan, sebagai kod QR dan nombor 60 digit. Kod berikut adalah unik bagi setiap sembang dan boleh dibandingkan antara individu dalam setiap sembang untuk mengesahkan bahawa mesej yang anda hantar kepada sembang disulitkan hujung ke hujung. Kod keselamatan hanyalah kunci istimewa versi boleh dilihat yang dikongsikan antara anda berdua - dan jangan risau, ia bukannya kunci yang sebenar. Kunci sebenar sentiasa dirahsiakan.

Untuk mengesahkan bahawa sembang disulitkan hujung ke hujung:

  1. Buka sembang.
  2. Ketik pada nama kenalan untuk membuka skrin info kenalan.
  3. Ketik Penyulitan untuk melihat kod QR dan nombor 60 digit.
    • Nota: Ciri ini hanya tersedia untuk kenalan dalam sembang yang disulitkan hujung ke hujung.

Jika anda dan kenalan anda berada dalam jarak yang dekat secara fizikal, anda boleh saling mengimbas kod QR masing-masing atau membandingkan nombor 60 digit secara visual. Jika anda mengimbas kod QR dan ia adalah sama, satu tanda semak hijau akan muncul. Oleh kerana ia sepadan, anda boleh berasa yakin tiada siapa yang dapat memintas mesej atau panggilan anda.

Jika kod tidak sepadan, ia mungkin kerana anda mengimbas kod kenalan atau nombor telefon yang berbeza. Jika kenalan anda telah memasang semula WhatsApp baru-baru ini, atau menukar telefon, kami mengesyorkan anda untuk menyegar semula kod dengan menghantar mesej baharu kepada mereka dan kemudian mengimbas kod tersebut. Ketahui lebih lanjut tentang perubahan kod keselamatan dalam artikel ini.

Jika anda dan kenalan anda tidak berada dalam jarak yang dekat secara fizikal, anda boleh menghantar kepada mereka nombor 60 digit tersebut. Maklumkan kenalan anda bahawa selepas mereka menerima kod, mereka perlu mencatatkannya dan kemudian membandingkannya secara visual dengan nombor 60 digit yang muncul pada skrin info kenalan di bawah Penyulitan. Untuk Android dan iPhone, anda boleh menggunakan butang Kongsi daripada skrin Pengesahan Kod Keselamatan untuk menghantar nombor 60 digit melalui SMS, e-mel dan sebagainya.

Mengapakah WhatsApp menawarkan ciri penyulitan hujung ke hujung dan apakah maksud menjaga keselamatan individu?

Keselamatan adalah penting bagi perkhidmatan yang disediakan oleh WhatsApp. Kita telah melihat beberapa contoh jenayah penggodaman yang berjaya mendapatkan bilangan data peribadi yang banyak secara haram dan telah menyalahgunakan teknologi untuk menyakiti orang dengan mencuri maklumat mereka. Sejak menyelesaikan pelaksanaan penyulitan hujung ke hujung pada tahun 2016, keselamatan digital menjadi semakin penting.

WhatsApp tidak mempunyai keupayaan untuk melihat kandungan mesej atau mendengar panggilan yang disulitkan hujung ke hujung. Ini kerana penyulitan dan penyahsulitan mesej yang diterima dan dihantar pada WhatsApp berlaku secara keseluruhannya pada peranti anda. Sebelum sesuatu mesej meninggalkan peranti anda, mesej tersebut dilindungi dengan kunci kryptografik dan hanya penerima dapat membukanya. Di samping itu, kunci tersebut berubah bagi setiap mesej yang dihantar. Sementara semua ini berlaku di belakang layar, anda boleh mengesahkan perbualan anda selamat dengan menyemak kod pengesahan keselamatan pada peranti anda. Anda boleh mendapatkan maklumat tambahan tentang cara ciri ini berfungsi pada kertas putih kami.

Sudah tentu, ramai orang telah bertanya maksud penyulitan hujung ke hujung bagi mereka yang bekerja dalam bidang penguatkuasaan undang-undang. WhatsApp menghargai kerja yang dilakukan oleh pihak penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi individu di serata dunia. Kami menyemak, mengesahkan, dan membalas dengan cermat permintaan penguatkuasa undang-undang berdasarkan undang-undang dan dasar yang terpakai dan kami mengutamakan respons terhadap permintaan kecemasan. Sebagai sebahagian daripada usaha pendidikan kami, kami telah menyiarkan maklumat untuk penguatkuasa undang-undang tentang maklumat terhad yang kami kumpul dan cara mereka boleh meminta maklumat daripada WhatsApp, yang boleh anda baca di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keselamatan anda di WhatsApp, sila lawati Keselamatan WhatsApp.

1Tahun 2021.

Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Mengapa artikel ini tidak membantu?
  • Artikel itu mengelirukan
  • Artikel itu tidak menjawab soalan saya
  • Penyelesaiannya tidak berhasil
  • Saya tidak suka ciri atau dasar itu
Terima kasih atas maklum balas anda
Pusat Info

WhatsApp

  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Muat Turun
  • WhatsApp Web
  • Perniagaan
  • Privasi

Syarikat

  • Perihal
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Berhubunglah
  • Blog
  • Cerita WhatsApp

Muat Turun

  • Mac/PC
  • Android
  • iPhone

Bantuan

  • Pusat Info
  • Twitter
  • Facebook
  • Koronavirus
2021 © WhatsApp LLC
Terma & Privasi