Pusat Info
Pilih bahasa anda
  • azərbaycan
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Melayu
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • Filipino
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • العربية
  • فارسی
  • اردو
  • বাংলা
  • हिन्दी
  • ગુજરાતી
  • ಕನ್ನಡ
  • मराठी
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • 한국어
  • WhatsApp Web
  • Ciri-ciri
  • Muat Turun
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Muat Turun
  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Berhubunglah

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.
UmumSekuriti dan Privasi

Menjawab soalan anda tentang Dasar Privasi WhatsApp

Kami telah mengemas kini Dasar Privasi kami baru-baru ini dan telah menerima banyak soalan yang bernas. Seiring dengan khabar angin yang sedang menular, kami ingin menjawab beberapa soalan lazim yang telah kami terima. Kami berusaha sedaya upaya membina WhatsApp dengan cara yang dapat membantu orang ramai berkomunikasi secara peribadi.

Kami ingin menjelaskan bahawa pengemaskinian dasar tersebut tidak akan sama sekali menjejaskan privasi mesej anda dengan rakan-rakan mahupun keluarga. Perubahan ini adalah berkaitan ciri perniagaan opsyenal pada WhatsApp dan memberikan kejelasan tentang cara kami mengumpul dan menggunakan data. Ketahui lebih lanjut tentang ciri perniagaan baharu dan pengemaskinian Dasar Privasi WhatsApp di sini.

Kongsikan di WhatsApp

Privasi dan keselamatan pemesejan peribadi anda

WhatsApp tidak dapat melihat mesej peribadi atau mendengar panggilan anda, bahkan juga Facebook: WhatsApp mahupun Facebook tidak dapat membaca mesej atau mendengar panggilan WhatApp anda dengan rakan-rakan, keluarga dan rakan sekerja. Apa sahaja yang anda kongsikan kekal antara anda dengan penerima. Ini adalah kerana mesej peribadi anda dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung. Kami tidak akan mengkompromikan keselamatan pengguna dan kami melabelkan setiap sembang dengan jelas agar anda yakin dengan komitmen kami. Ketahui lebih lanjut tentang keselamatan WhatsApp di sini.

Kami tidak menyimpan log penghantaran mesej atau panggilan yang dibuat oleh pengguna: Walaupun biasanya pembekal dan pengendali perkhidmatan mudah alih menyimpan maklumat ini, kami percaya bahawa menyimpan rekod untuk dua bilion pengguna akan merisikokan privasi dan keselamatan, maka kami tidak menyimpannya.

WhatsApp tidak dapat melihat lokasi anda yang dikongsi, bahkan juga Facebook: Apabila anda berkongsi lokasi anda dengan seseorang di WhatsApp, lokasi anda dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung, yang bermaksud tiada sesiapa yang dapat melihat lokasi anda kecuali orang yang anda kongsikan lokasi tersebut.

Kami tidak berkongsi senarai kenalan anda dengan Facebook: Apabila anda memberikan kebenaran kepada kami, kami hanya mengakses nombor telefon daripada buku alamat anda untuk membuatkan pemesejan cepat dan selamat, dan kami tidak berkongsi senarai kenalan anda dengan aplikasi lain yang Facebook tawarkan.

Grup kekal peribadi: Kami menggunakan sembang grup untuk menghantar mesej dan untuk melindungi perkhidmatan kami daripada spam dan penyalahgunaan. Kami tidak berkongsi data ini dengan Facebook bagi tujuan pengiklanan. Sembang peribadi ini adalah disulitkan hujung ke hujung, jadi kami tidak dapat melihat kandungannya.

Anda boleh menetapkan agar mesej anda dihilangkan: Untuk privasi tambahan, anda boleh memilih untuk menetapkan agar mesej anda dihilangkan daripada sembang selepas anda menghantar mesej tersebut. Ketahui lebih lanjut dalam artikel Pusat Info ini.

Anda boleh memuat turun data anda: Anda boleh memuat turun dan melihat info yang kami simpan berkenaan akaun anda daripada dalam aplikasi. Ketahui lebih lanjut dalam artikel Pusat Info ini.

Pemesejan perniagaan dan cara kami bekerjasama dengan Facebook

Setiap hari, berjuta orang di seluruh dunia berkomunikasi dengan perniagaan pelbagai saiz dengan selamat melalui WhatsApp. Kami ingin menjadikannya lebih mudah dan lebih baik bagi anda jika anda ingin bermesej dengan perniagaan. Kami akan sentiasa bertindak dengan jelas apabila anda berkomunikasi dalam WhatsApp dengan mana-mana perniagaan yang menggunakan ciri ini.

Perkhidmatan pengehosan Facebook: Bermesej dengan perniagaan adalah berbeza daripada bermesej dengan keluarga dan rakan anda. Sesetengah perniagaan besar perlu menggunakan perkhidmatan pengehosan untuk mengurus hal komunikasi mereka. Sebab itulah kami memberikan pilihan kepada perniagaan untuk menggunakan perkhidmatan pengehosan yang selamat daripada Facebook untuk mengurus sembang WhatsApp dengan pelanggan mereka, menjawab soalan, dan menghantar maklumat berguna seperti resit pembelian. Tetapi sama ada anda berkomunikasi dengan perniagaan melalui telefon, e-mel atau WhatsApp, mereka dapat melihat mesej anda dan mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan pemasarannya sendiri, yang mungkin termasuk pengiklanan di Facebook. Untuk memastikan anda dimaklumkan, kami melabel perbualan dengan perniagaan yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan pengehosan daripada Facebook dengan jelas.

Menemui perniagaan: Anda mungkin melihat iklan di Facebook dengan butang untuk menghantar mesej kepada perniagaan menggunakan WhatsApp. Sekiranya anda telah memasang WhatsApp di telefon anda, anda akan mempunyai pilihan untuk menghantar mesej kepada perniagaan tersebut. Facebook mungkin menggunakan cara anda berinteraksi dengan iklan tersebut untuk memperibadikan iklan yang anda lihat di Facebook.

Pembayaran di WhatsApp: Pembayaran WhatsApp yang berdayakan UPI mempunyai dasar privasi berasingan yang boleh diakses di sini, dan dasar privasi tersebut tidak terjejas oleh pengemaskinian ini.

Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Mengapa artikel ini tidak membantu?
  • Artikel itu mengelirukan
  • Artikel itu tidak menjawab soalan saya
  • Penyelesaiannya tidak berhasil
  • Saya tidak suka ciri atau dasar itu
Terima kasih atas maklum balas anda
Pusat Info

WhatsApp

  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Muat Turun
  • WhatsApp Web
  • Perniagaan
  • Privasi

Syarikat

  • Perihal
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Berhubunglah
  • Blog
  • Cerita WhatsApp

Muat Turun

  • Mac/PC
  • Android
  • iPhone

Bantuan

  • Pusat Info
  • Twitter
  • Facebook
  • Koronavirus
2021 © WhatsApp LLC
Terma & Privasi