Kami ingin menjelaskan bahawa pengemaskinian terma dan dasar privasi baru-baru ini tidak menjejaskan mesej peribadi. Perubahan ini adalah berkaitan dengan ciri perniagaan opsyenal pada WhatsApp dan memberikan kejelasan tentang cara kami mengumpul dan menggunakan data.
Apakah yang tidak berubah?
Privasi serta keselamatan mesej dan panggilan peribadi anda tidak berubah. Ia disulitkan hujung ke hujung, maka WhatsApp dan Facebook tidak boleh membaca atau mendengarnya. Kami tidak akan sekali-kali mengkompromikan keselamatan pengguna dan kami melabelkan setiap sembang agar anda yakin dengan komitmen kami.
Apakah yang berubah?
Kami sedang berusaha untuk mempertingkatkan sokongan kepada lebih 175 juta orang yang menghantar mesej kepada akaun perniagaan setiap hari. Pengemaskinian yang berkaitan ciri perniagaan opsyenal adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk menjadikan komunikasi dengan perniagaan lebih selamat, lebih baik dan lebih mudah untuk semua orang. Ia termasuk:
- Mendayakan perkhidmatan pengguna: Orang ramai mendapati bersembang dengan perniagaan untuk bertanyakan soalan, membuat pembelian atau mendapatkan maklumat yang berguna seperti resit pembelian amat membantu. Kami menjadikannya mudah untuk anda bersembang dengan perniagaan yang mungkin menggunakan produk perniagaan Facebook. Untuk membalas kepada pelanggan, sesetengah perniagaan memerlukan perkhidmatan pengehosan yang selamat, yang Facebook merancang untuk tawarkan. Apabila perniagaan menggunakan perkhidmatan ini, kami akan melabelkan sembang dengan jelas, jadi terpulang kepada anda sama ada anda menghantar mesej kepada mereka atau tidak.
- Menemui perniagaan: Sering kali orang menemui perniagaan di Facebook atau Instagram daripada iklan yang menunjukkan butang yang boleh anda klik untuk menghantar mesej kepada mereka menggunakan WhatsApp. Seperti iklan lain di Facebook, jika anda memilih untuk mengklik pada iklan tersebut, ia mungkin digunakan untuk memperibadikan iklan yang anda lihat di Facebook. WhatsApp dan Facebook tidak dapat melihat kandungan sebarang mesej yang disulitkan hujung ke hujung.
- Pengalaman membeli-belah: Ramai orang membeli-belah secara dalam talian, dan ini semakin meningkat dalam kita hidup dalam penjarakan. Sesetengah perniagaan yang mempunyai Kedai di Facebook atau Instagram boleh juga mempunyai Kedai di profil perniagaan WhatsApp mereka. Ini membenarkan anda melihat produk perniagaan di Facebook dan Instagram serta membeli-belah terus daripada WhatsApp. Sekiranya anda memilih untuk berinteraksi dengan Kedai, kami akan memberitahu anda cara data anda dikongsikan dengan Facebook di WhatsApp.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut butiran tentang ciri opsyenal tersebut dan cara kami bekerjasama dengan Facebook di sini.