Anda boleh mengemas kini WhatsApp dengan mudah daripada gedung aplikasi telefon anda. Sila ambil perhatian bahawa jika anda menerima mesej yang tidak disokong oleh versi WhatsApp anda, anda perlu mengemas kini WhatsApp. Kami menggalakkan anda untuk sentiasa menggunakan WhatsApp versi terkini. Versi terkini mengandungi ciri terbaharu dan pembaikan pepijat.
Pergi ke Gedung Google Play dan cari WhatsApp. Ketik Kemas kini bersebelahan WhatsApp Messenger.
Pergi ke App Store dan cari WhatsApp. Ketik KEMAS KINI bersebelahan WhatsApp Messenger.
Tekan JioStore atau Gedung pada menu aplikasi. Tatal ke tepi untuk memilih Sosial, kemudian pilihWhatsApp. Tekan OK atau PILIH > KEMAS KINI.