Tidak dapat melihat maklumat profil kenalan
Tetapan privasi membenarkan anda untuk menyembunyikan maklumat terakhir dilihat, foto profil, perihal, status atau resit dibaca anda. Anda mungkin tidak dapat melihat maklumat orang lain disebabkan cara mereka mengesetkan tetapan privasi mereka.
Jika anda tidak dapat melihat maklumat terakhir dilihat, foto profil, perihal, status atau resit dibaca orang lain, ia mungkin disebabkan oleh salah satu yang berikut:
- Kenalan anda telah mengubah tetapan privasi mereka kepada Tiada sesiapa.
- Anda telah mengubah seting privasi terakhir dilihat kepada Tiada sesiapa.
- Kenalan anda telah mengubah tetapan privasi mereka kepada Kenalan Saya dan anda tidak disimpan sebagai kenalan pada telefon mereka.
- Anda telah disekat oleh kenalan tersebut.
- Mungkin terdapat masalah sambungan.
- Kenalan anda belum mengesetkan foto profil.