Untuk menyebut seseorang yang berada dalam grup yang sama dalam mesej, taip simbol "@" dan pilih nama kenalan tersebut. Apabila anda menyebut seseorang, satu pemberitahuan akan dihantar kepada kenalan tersebut, yang memberitahu mereka bahawa nama mereka telah disebut.
Nota: Menyebut seseorang dalam grup akan membatalkan sebarang penyenyapan pemberitahuan yang telah ditetapkan oleh kenalan tersebut untuk grup itu, melainkan jika mereka telah menyenyapkan sembang individu dengan anda.
Jika anda tidak aktif sebentar dalam grup, anda boleh melihat mesej-mesej yang menyebut anda atau membalas kepada anda dengan cepat dengan mengetik butang "@" yang muncul di sudut bawah grup.