WhatsApp membenarkan anda untuk memformat teks dalam mesej anda. Sila ambil perhatian bahawa ciri ini tidak boleh dinyahdayakan.
Untuk mengitalikkan mesej anda, letakkan tanda garis bawah (underscore) pada kedua-dua sisi teks:
_teks_
Untuk menebalkan mesej anda, letakkan tanda asterisk pada kedua-dua sisi teks:
*teks*
Untuk menampak tembus mesej anda, letakkan tanda tilde pada kedua-dua sisi teks:
~teks~
Untuk fon monospace pada mesej anda, letakkan tiga tanda tik belakang pada kedua-dua sisi teks:
```teks```
Nota:
Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan pintasan pada Android dan iPhone.
Android: Ketik dan tahan teks yang anda masukkan dalam medan teks, kemudian pilih Tebal, Italik atau Lagi
iPhone: Ketik teks yang anda masukkan dalam medan teks > Pilih atau Pilih Semua > B_I_U. Kemudian pilih Tebal, Italik, Tampak tembus atau Monospace.