Status terakhir dilihat dan dalam talian memberitahu anda kali terakhir kenalan anda menggunakan WhatsApp atau jika mereka berada dalam talian.
Jika seorang kenalan berada dalam talian, bermakna mereka membuka WhatsApp pada latar depan peranti mereka dan bersambung melalui Internet. Namun, ia tidak bermaksud kenalan tersebut telah membaca mesej anda.
Terakhir dilihat merujuk kepada kali terakhir kenalan tersebut menggunakan WhatsApp. Melalui tetapan privasi kami, anda mempunyai pilihan untuk menentukan individu yang dapat melihat status terakhir dilihat anda. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menyembunyikan status dalam talian anda.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mungkin tidak dapat melihat status terakhir dilihat seorang kenalan: