Ciri meminta maklumat akaun membenarkan anda untuk meminta dan mengeksport laporan maklumat dan tetapan akaun WhatsApp anda. Laporan tersebut tidak termasuk mesej anda. Jika anda ingin mengakses mesej anda di luar aplikasi ini, anda boleh mengeksport sejarah sembang anda.
Sila ambil perhatian bahawa ciri ini tidak tersedia pada WhatsApp Web dan Desktop.
Laporan anda biasanya akan tersedia tiga hari selepas tarikh anda memintanya. Anda boleh merujuk kepada tarikh Siap sebelum sementara menunggu laporan anda.
Nota:Setelah anda meminta laporan, anda tidak boleh membuat asal atau membatalkan permintaan laporan anda yang belum selesai.
Jika anda menukar nombor telefon atau memadam akaun anda, permintaan anda yang belum selesai akan dibatalkan dan anda perlu meminta laporan lain.
Apabila laporan tersedia untuk dimuat turun, anda akan menerima pemberitahuan WhatsApp di telefon anda yang menyatakan: “Laporan maklumat akaun anda sudah tersedia”. Skrin Minta maklumat akaun di WhatsApp akan memberitahu anda tempoh masa yang ada untuk memuat turun laporan sebelum ia dipadamkan daripada pelayan anda. Oleh kerana laporan ini mengandungi maklumat anda, anda harus berhati-hati semasa menyimpan, menghantar atau memuat naik ke sebarang perkhidmatan lain.
Selepas anda memuat turun laporan ke telefon anda, anda akan mempunyai pilihan untuk memadam salinan yang telah dimuat turun daripada telefon anda secara kekal dengan mengetik Padam laporan > PADAM atau Padam Laporan pada skrin Minta maklumat akaun. Memadam laporan tidak akan memadamkan sebarang data akaun WhatsApp anda.