Akaun perniagaan di WhatsApp boleh disenaraikan sebagai "Akaun perniagaan rasmi" atau "Akaun perniagaan" biasa. Sebuah perniagaan tidak boleh memohon atau membayar untuk menukar "Akaun perniagaan" kepada "Akaun perniagaan rasmi".
Pada masa ini, hanya beberapa akaun perniagaan disenaraikan sebagai "Akaun perniagaan rasmi". Penyenaraian sebuah perniagaan sebagai "Akaun perniagaan rasmi" bergantung atas berbilang faktor, seperti sama ada jenama tersebut dikenali dan dipercayai.
Sebarang akaun yang menggunakan aplikasi WhatsApp Business akan disenaraikan sebagai "Akaun perniagaan" secara automatik. Perniagaan-perniagaan boleh membantu pelanggan untuk mempelajari lebih mengenai syarikat mereka dengan mengisi profil perniagaan mereka, termasuk laman web, alamat dan waktu perniagaan mereka.