Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsAppPusat Info
WHATSAPP WEB
CIRI
MUAT TURUN
KESELAMATAN
PUSAT BANTUAN

Pilih bahasa anda

  • azərbaycan

  • Afrikaans

  • Bahasa Indonesia

  • Melayu

  • català

  • čeština

  • dansk

  • Deutsch

  • eesti

  • English

  • español

  • français

  • Gaeilge

  • hrvatski

  • italiano

  • Kiswahili

  • latviešu

  • lietuvių

  • magyar

  • Nederlands

  • norsk bokmål

  • o‘zbek

  • Filipino

  • polski

  • Português (Brasil)

  • Português (Portugal)

  • română

  • shqip

  • slovenčina

  • slovenščina

  • suomi

  • svenska

  • Tiếng Việt

  • Türkçe

  • Ελληνικά

  • български

  • қазақ тілі

  • македонски

  • русский

  • српски

  • українська

  • עברית

  • العربية

  • فارسی

  • اردو

  • বাংলা

  • हिन्दी

  • ગુજરાતી

  • ಕನ್ನಡ

  • मराठी

  • ਪੰਜਾਬੀ

  • தமிழ்

  • తెలుగు

  • മലയാളം

  • ไทย

  • 简体中文

  • 繁體中文(台灣)

  • 繁體中文(香港)

  • 日本語

  • 한국어

  • Muat Turun

  • Ciri-ciri

  • Keselamatan

  • Pusat Info

  • Berhubunglah

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.
  1. Umum
  2. Akaun dan Profil

Cara menambahkan akaun WhatsApp Business pada Profil Instagram

Apabila menggunakan aplikasi WhatsApp Business, anda boleh memautkan akaun Instagram anda dengan akaun WhatsApp Business anda.

Petua perniagaan: Memautkan akaun Profesional Instagram anda dengan akaun WhatsApp Business akan mendayakan butang Klik untuk WhatsApp pada profil Instagram anda. Butang Klik untuk WhatsApp menjadikannya lebih mudah untuk pelanggan berhubung dengan perniagaan anda dan meningkatkan penglibatan pelanggan.

Untuk memautkan akaun ini, anda mesti memenuhi syarat berikut:

  • Mempunyai akaun Profesional untuk perniagaan anda di Instagram.
  • Mempunyai akaun pada aplikasi WhatsApp Business.
  • Mempunyai versi terkini aplikasi mudah alih.

Memautkan akaun Instagram anda pada aplikasi WhatsApp Business

Anda boleh memautkan akaun Instagram dan WhatsApp Business daripada aplikasi WhatsApp Business.

  1. Buka aplikasi WhatsApp Business.
  2. Pada Android, ketik Pilihan lain. Pada iPhone, ketik Seting.
  3. Ketik Alat perniagaan > Facebook & Instagram.
  4. Ketik Instagram > Teruskan. Ini akan membuka halaman log masuk Instagram.
  5. Masukkan maklumat log masuk untuk akaun Instagram anda. Ketik Log Masuk. Anda juga boleh mengetik Teruskan dengan Facebook untuk log masuk menggunakan akaun Facebook anda.
  6. Jika anda sudah mempunyai Akaun Profesional di Instagram, teruskan ke langkah seterusnya. Jika anda tidak mempunyai Akaun Profesional, anda perlu mengemas kini jenis akaun anda.
    1. Ketik Seterusnya.
    2. Pilih Perniagaan atau Pencipta. Kemudian, ketik Seterusnya > Seterusnya > Seterusnya.
  7. Sahkan maklumat akaun anda. Ketik Tambah > Kembali kepada WhatsApp.

Setelah anda kembali kepada aplikasi WhatsApp Business, anda akan melihat akaun Profesional Instagram terpaut di bahagian atas skrin Facebook & Instagram.

Mengalih keluar akaun Instagram terpaut daripada aplikasi WhatsApp Business

Jika anda tidak lagi mahu akaun anda disambungkan, anda boleh mengenyahpaut akaun Instagram dan WhatsApp anda daripada aplikasi WhatsApp Business.

  1. Buka aplikasi WhatsApp Business.
  2. Pada Android, ketik Pilihan lain. Pada iPhone, ketik Seting.
  3. Ketik Alat perniagaan > Facebook & Instagram.
  4. Ketik akaun Instagram terpaut anda > Alih keluar WhatsApp > ALIH KELUAR.

Setelah anda mengalih keluar akaun anda, ia tidak lagi akan kelihatan pada skrin Facebook & Instagram.

Nota:
  • Bukan semua kategori perniagaan Instagram disokong oleh aplikasi WhatsApp Business. Jika anda melihat mesej ralat yang menyatakan “Kategori perniagaan Instagram anda tidak disokong oleh WhatsApp,” anda perlu mengubah kategori perniagaan Instagram anda bagi mematuhi Dasar Perdagangan WhatsApp untuk berjaya memautkan akaun anda.
  • Untuk memautkan akaun anda, WhatsApp berkongsi maklumat berikut dengan Facebook:
    • Kategori perniagaan WhatsApp anda digunakan untuk menetapkan kategori perniagaan Profesional anda di Instagram jika anda tidak mempunyai Akaun Profesional di Instagram. Jika anda sudah mempunyai Akaun Profesional di Instagram, kategori WhatsApp Business anda tidak dikongsi.
    • Nombor telefon WhatsApp Business anda digunakan untuk membolehkan pelanggan menghantar mesej kepada anda di WhatsApp daripada profil Instagram anda.

Sumber berkaitan

  • Perihal memautkan WhatsApp Business dengan Facebook dan Instagram
  • Cara menambah akaun WhatsApp Business pada Halaman Facebook
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Mengapa artikel ini tidak membantu?
  • Artikel itu mengelirukan
  • Artikel itu tidak menjawab pertanyaan saya
  • Penyelesaiannya tidak berhasil
  • Saya tidak suka ciri atau dasar itu
Terima kasih atas maklum balas anda
Pusat Info

WHATSAPP

Ciri-ciri

Keselamatan

Muat Turun

WhatsApp Web

Perniagaan

Privasi

SYARIKAT

Perihal

Kerjaya

Pusat Jenama

Berhubunglah

Blog

Cerita WhatsApp

MUAT TURUN

Mac/PC

Android

iPhone

BANTUAN

Pusat Info

Twitter

Facebook

Koronavirus

2022 © WhatsApp LLC

Terma & Privasi