Perihal profil perniagaan anda
Profil perniagaan merupakan salah satu alat khusus dalam aplikasi WhatsApp Business yang membolehkan anda memberikan suasana perniagaan rasmi dalam WhatsApp.
Profil perniagaan anda memudahkan pelanggan untuk mengakses maklumat penting tentang perniagaan anda, seperti nama perniagaan, perihalan, alamat, waktu perniagaan dan kategori. Anda juga boleh mencipta katalog produk dan perkhidmatan anda selain e-mel perniagaan anda dan pautan kepada tapak web dan akaun media sosial untuk menggalakkan penglibatan.
Petua Perniagaan: Sertakan katalog untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan anda supaya pelanggan boleh melayari dan menghantar mesej kepada anda untuk bertanya soalan dengan mudah. Para pelanggan juga boleh memilih produk atau perkhidmatan yang mereka minati dan berkongsi dengan rakan mereka.
Ciri unik ini membantu anda menjimatkan masa dan tenaga supaya membolehkan anda memfokus pada perkara penting, iaitu berhubung dengan pelanggan dan mengembangkan perniagaan anda.
Sumber berkaitan:
- Cara mengedit profil perniagaan anda: Android | iPhone | Web dan Desktop
- Cara mencipta dan menyelenggara katalog: Android | iPhone | Web dan Desktop