Perihal menyegerakkan WhatsApp Business dengan Halaman Facebook
Apabila menggunakan aplikasi WhatsApp Business, anda boleh memautkan Halaman Facebook anda dengan akaun WhatsApp Business anda. Anda juga boleh memilih untuk menyegerakkan maklumat perniagaan daripada Halaman Facebook dengan akaun WhatsApp Business anda.
Untuk memautkan akaun perniagaan WhatsApp, pengguna mesti mempunyai:
- Halaman Facebook untuk perniagaan mereka
- Akaun pada aplikasi WhatsApp Business
- Versi terkini kedua-dua aplikasi mudah alih
Setelah anda memautkan Halaman Facebook kepada akaun WhatsApp Business anda, anda juga boleh menyegerakkan maklumat perniagaan daripada Halaman Facebook tersebut kepada akaun WhatsApp Business anda. Ini bermakna akaun WhatsApp Business anda akan dikemas kini dengan maklumat daripada Halaman Facebook.
Menghidupkan penyegerakan akan menyebabkan bahagian profil perniagaan terisi secara automatik pada aplikasi WhatsApp Business dengan maklumat berikut daripada Halaman Facebook yang dipautkan:
- Waktu perniagaan
- Alamat
- Deskripsi
- Kategori
- URL Tapak web
- E-mel