Perihal memautkan WhatsApp Business dengan Facebook dan Instagram
Anda boleh memautkan akaun WhatsApp Business anda dengan Halaman Facebook dan/atau Profil Instagram untuk memberi pelanggan anda cara tambahan untuk berkomunikasi dengan perniagaan anda. Apabila anda memautkan Halaman Facebook atau Profil Instagram dengan akaun WhatsApp Business anda, nombor anda akan muncul sebagai pilihan untuk berhubung pada Halaman Facebook dan/atau Profil Instagram yang dipautkan. Apabila pelanggan mengetik pilihan untuk berhubung ini, mereka boleh menghantar mesej kepada anda terus melalui WhatsApp.
Setelah anda memautkan Halaman Facebook dengan akaun WhatsApp Business anda, anda boleh menyegerakkan maklumat perniagaan daripada Halaman Facebook tersebut kepada akaun WhatsApp Business anda. Ini akan mengemas kini profil WhatsApp Business anda dengan maklumat daripada Halaman Facebook secara automatik.