Perihal Kart
Jika anda menggunakan aplikasi WhatsApp Business, anda kini boleh membantu pelanggan anda membuat pesanan dengan mudah melalui ciri kart. Kart membantu menyediakan cara baru untuk pelanggan anda terus memulakan proses pesanan, tanpa perlu menghantar mesej secara individu kepada anda untuk setiap produk yang disenaraikan dalam katalog anda.
Pelanggan yang menggunakan aplikasi WhatsApp Messenger akan dapat melihat butang membeli-belah di sebelah nama perniagaan anda dalam sembang atau apabila mereka melawat profil perniagaan anda. Dengan menggunakan butang membeli-belah ini, mereka boleh melayari katalog anda dan terus menambah item pada kart mereka daripada katalog anda.
Mereka juga akan dapat mengedit kuantiti untuk setiap item dalam kart mereka. Setelah ditambah, pelanggan akan mempunyai pilihan untuk menghantar item dalam kart mereka ke akaun perniagaan anda sebagai mesej WhatsApp.
Ciri ini akan membenarkan pelanggan sedia ada anda untuk:
- membuat pesanan dengan cepat
- bertanya soalan tentang berbilang item pada masa yang sama
- membuat pesanan untuk berbilang item secara serentak
Muat turun infografik ini untuk maklumat lanjut tentang cara menambahkan item pada kart anda.
Sumber berkaitan:
- Perihal katalog
- Cara melihat katalog
- Cara membuat pesanan menggunakan kart pada Android | iPhone