Perihal sekatan akaun
Jika akaun anda disekat, anda akan melihat mesej berikut semasa cuba mengakses WhatsApp: "Nombor telefon anda disekat daripada menggunakan WhatsApp. Hubungi sokongan untuk bantuan."
Kami akan menyekat akaun jika kami percaya bahawa aktiviti akaun tersebut melanggar Terma Perkhidmatan kami.
Kami mengesyorkan anda menyemak bahagian “Penggunaan Wajar Perkhidmatan Kami” dengan teliti pada Terma Perkhidmatan kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan WhatsApp yang berpatutan dan aktiviti-aktiviti yang melanggar Terma Perkhidmatan kami. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara menggunakan WhatsApp secara bertanggungjawab dalam artikel Pusat Info ini.
Harap maklum bahawa kami mungkin tidak memberikan amaran sebelum menyekat akaun anda. Jika anda merasakan akaun anda telah disekat secara tidak sengaja, sila e-mel kami dan kami akan meneliti kes anda.