Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Saya mempunyai pertanyaan mengenai Terma Perkhidmatan dan Polisi Privasi kami yang telah dikemas kini.

Kami telah mengemas kini Terma Perkhidmatan dan Polisi Privasi kami. Artikel ini dapat membantu menjawab pertanyaan yang anda mempunyai mengenai kemas kini ini.

Mengapa anda mengemas kini Terma Perkhidmatan dan Polisi Privasi anda?

Kami sedang mengemas kini Terma Perkhidmatan dan Polisi Privasi kami supaya ia lebih mudah difahami dan mencerminkan ciri-ciri dan perkhidmatan baru WhatsApp. Sebagai contoh, Terma dan Polisi Privasi yang dikemas kini merujuk kepada ciri-ciri baru seperti Panggilan WhatsApp, WhatsApp untuk web dan desktop, dan penyulitan hujung ke hujung, dan juga pelan kami untuk membantu anda berkomunikasi dengan perniagaan yang menggunakan perkhidmatan kami. Ia juga menjelaskan bahawa kami adalah sebahagian Syarikat keluarga Facebook. Sementara WhatsApp akan terus beroperasi secara perkhidmatan asing dari Facebook, kami berpelan untuk berkongsi sesetengah maklumat dengan Facebook dan syarikat keluarga Facebook yang akan membenarkan kami untuk menyelaras lebih dan meningkatkan pengalaman merentasi perkhidmatan kami dan Facebook, dan keluarga Facebook.

Adakah akan terdapat iklan dalam WhatsApp saya sekarang?

Kami masih tidak membenarkan iklan sepanduk pihak ketiga pada WhatsApp.

Pada masa depan, kami akan menerokai cara untuk anda dan perniagaan berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan WhatsApp, seperti melalui pesanan, transaksi, maklumat temujanji, pemberitahuan penghantaran dan penerimaan, kemas kini produk dan perkhidmatan dan pemasaran. Sebagai contoh, anda mungkin menerima maklumat status penerbangan untuk pelancongan akan datang, resit untuk sesuatu yang telah anda beli, atau pemberitahuan bila penghantaran akan dilakukan. Mesej-mesej yang mengandungi unsur-unsur pemasaran termasuk tawaran untuk sesuatu yang mungkin menarik untuk anda.

Kami tidak ingin untuk anda mengalami masalah spam; seperti semua mesej anda, anda boleh mengurus komunikasi ini, dan kami akan menghormati pilihan anda.

Maklumat apa yang sedang dikongsi dengan Facebook dan syarikat keluarga Facebook?

Kami berpelan untuk berkongsi sesetengah maklumat dengan Facebook dan syarikat keluarga Facebook yang akan membenarkan kami untuk menyelaras dengan lebih, seperti memerangi spam dan penyalahgunaan, dan meningkatkan pengalaman merentasi perkhidmatan kami dan perkhidmatan Facebook dan keluarga Facebook. Sebagai contoh, selepas anda menyetujui Terma dan Polisi Privasi kami yang dikemas kini, kami akan berkongsi sesetengah maklumat akaun anda dengan Facebook dan syarikat keluarga Facebook, seperti nombor telefon yang telah anda sahkan ketika mendaftar dengan WhatsApp, dan juga kali terakhir anda menggunakan perkhidmatan kami.

Tiada apa yang anda berkongsi pada WhatsApp, termasuk mesej, foto dan maklumat akaun anda akan dikongsi dengan Facebook atau sebarang aplikasi keluarga Facebook untuk dilihat oleh orang lain. Ini bermakna, sebagai contoh, walaupun sesetengah maklumat akan dikongsikan dengan Facebook (seperti nombor telefon anda), maklumat tersebut tidak akan dilihat oleh orang lain pada Facebook. Tambahan pula, apabila anda dan kenalan anda menggunakan versi aplikasi kami yang terkini, mesej-mesej anda secara lalai mempunyai penyulitan hujung ke hujung. Apabila mesej anda disulitkan hujung ke hujung, hanya orang yang anda bermesej dengan dapat membacanya, bukan WhatsApp, Facebook atau sesiapun.

Mengapa anda berkongsi maklumat dengan Facebook dan syarikat keluarga Facebook?

WhatsApp adalah sebahagian syarikat keluarga Facebook, dan berkongsi sesetengah maklumat membenarkan kami untuk menyelaras lebih dan meningkatkan pengalaman merentasi perhidmatan kami dan perkhidmatan Facebook dan keluarga Facebook. Sebagai contoh:

  • Kami akan dapat mengira pengguna dengan lebih tepat
  • Kami dapat memerangi spam dan penyalahgunaan dengan lebih baik
  • Jika anda pengguna Facebook, anda mungkin akan dapat cadangan rakan yang lebih baik dan iklan yang lebih berkaitan pada Facebook.

Nota: Jika anda pengguna semasa, anda boleh pilih untuk tidak berkongsi maklumat akaun anda dengan Facebook untuk meningkatkan pengalaman iklan Facebook dan produk. Sila lihat maklumat mengenai cara bagaimana dan bila anda boleh membuat pilihan.

Bagaimana jika saya bukan pengguna Facebook?

Tiada masalah. Anda boleh kekal menggunakan WhatsApp. Anda tidak akan diminta untuk mencipta akaun Facebook.

Adakah ini bermakna maklumat saya akan dikongsi pada Facebook untuk dilihat oleh orang lain?

Tiada apa yang anda berkongsi pada WhatsApp, termasuk mesej, foto, dan maklumat akaun anda akan dikongsi pada Facebook atau sebarang aplikasi keluarga Facebook untuk dilihat oleh orang lain. Ini bermakna, sebagai contoh, walaupun sesetengah maklumat akan dikongsi dengan Facebook (seperti nombor telefon anda), maklumat tersebut tidak akan dilihat oleh orang lain pada Facebook. Tambahan, apabila anda dan kenalan anda menggunakan versi aplikasi kami yang terkini, mesej anda secara lalai disulitkan hujung ke hujung. Apabila mesej anda disulitkan hujung ke hujung, hanya orang yang anda bermesej dengan dapat membacanya - bukan WhatsApp, Facebook atau sesiapun.

Anda boleh membaca teks lengkap Terma Perkhidmatan dan Polisi Privasi yang dikemas kini di sini.

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp