Anda mungkin telah menerima spam dari pihak ketiga yang tidak sah dan bukannya WhatsApp.
Kami bekerja keras untuk mengurangkan sebarang mesej spam yang memasuki sistem kami. Mencipta ruang selamat untuk pengguna untuk berkomunikasi antara satu sama lain adalah keutamaan kami. Namun, sama seperti SMS atau panggilan telefon biasa, ia adalah mungkin untuk pengguna WhatsApp lain yang mempunyai nombor telefon anda untuk menghubungi anda. Jadi, kami ingin membantu anda mengenali dan mengendalikan mesej-mesej ini.
Mesej yang tidak diingini dari pihak ketiga yang tidak sah datang dalam pelbagai bentuk, seperti mesej spam, hoax (tipuan) dan phising. Semua jenis mesej ini secara luas ditakrifkan sebagai mesej tidak diinginkan dari pihak ketiga tidak sah yang cuba menipu dan memprom anda untuk bertindak dalam cara tertentu.
Anda mungkin menjadi sasaran skim penipuan jika yang berikut ini menjelaskan mesej yang anda terima, melalui WhatsApp atau emel:
Kami sentiasa menasihati anda untuk menyekat penghantar tersebut, mengabaikan mesej dan memadamkannya. Untuk mempelajari lebih mengenai cara menyekat, sila baca artikel ini. Untuk melindungi kenalan anda daripada potensi bahaya, sila jangan memajukan mesej kepada mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai mesej hoax secara am, sila baca blog kami.