Tetapan privasi membenarkan anda untuk menyembunyikan terakhir dilihat, foto profil, info, status, atau resit dibaca anda. Anda mungkin tidak dapat melihat maklumat orang lain kerana cara mereka telah mengkonfigurasikan tetapan privasi mereka.
Jika anda tidak dapat melihat terakhir dilihat, foto profil, info, status, atau resit dibaca orang lain, ia mungkin kerana salah satu yang berikut:
- Kenalan anda telah mengubah tetapan privasinya ke "Tiada sesiapa".
- Anda telah mengubah tetapan privasi terakhir dilihat anda ke "Tiada sesiapa".
- Kenalan anda telah mengubah tetapan privasinya ke "Kenalan Saya", dan anda tidak disimpan sebagai kenalan dalam telefon mereka.
- Anda telah disekat oleh kenalan ini.
- Mungkin terdapat masalah sambungan.
- Kenalan anda belum menetapkan foto profil mereka.