Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Bagaimana cara menggunakan WhatsApp Web?

Untuk memberi anda pengalaman komunikasi yang lebih kaya, WhatsApp kini dapat diakses pada kedua-dua telefon dan komputer anda. WhatsApp Web adalah sambungan berdasarkan komputer akaun WhatsApp pada telefon anda. Mesej yang anda hantar dan terima diselaraskan sepenuhnya antara telefon dan komputer anda, dan anda boleh melihat semua mesej pada kedua-dua peranti. Sebarang tindakan yang diambil pada telefon akan dipaparkan pada WhatsApp Web dan sebaliknya. Pada masa ini, WhatsApp Web hanya tersedia untuk telefon pintar Android, iPhone 8.1+, Windows Phone 8.0 dan 8.1, Nokia S60, Nokia S40 EVO, BlackBerry dan BlackBerry 10.

WhatsApp Web bukan akaun WhatsApp yang lain. Apabila anda menggunakan WhatsApp pada komputer dan telefon anda, anda hanya mengakses akaun yang sama pada kedua-dua peranti ini.

Keperluan minimum untuk menikmati WhatsApp Web

  • Anda perlu mempunyai akaun WhatsApp yang aktif pada telefon anda.
  • Anda perlu mempunyai sambungan Internet yang stabil pada kedua-dua telefon dan komputer anda.
  • Anda perlu menggunakan versi Chrome, Firefox, Opera, Safari atau Edge yang terkini sebagai pelayar web pada komputer anda.

Untuk bermula dengan WhatsApp Web

  1. Lawati web.whatsapp.com pada komputer anda.
  2. Buka WhatsApp pada telefon anda.
    • Pada Android: dalam skrin Sembang > Menu > WhatsApp Web.
    • Pada Nokia S60 dan Windows Phone: pergi ke Menu > WhatsApp Web.
    • Pada iPhone: pergi ke Seting > WhatsApp Web.
    • Pada BlackBerry: pergi ke Sembang > Menu > WhatsApp Web.
    • Pada BlackBerry 10: Leret ke bawah dari bahagian atas skrin > WhatsApp Web.
    • Pada Nokia S40: Leret ke atas dari bahagian bawah skrin > WhatsApp Web.
  3. Imbas Kod QR pada skrin komputer dari telefon anda.

Dari telefon anda, navigasi ke WhatsApp Web untuk melihat komputer yang dilog masuk atau log keluar dari sesi WhatsApp yang aktif.

Nota: Untuk mengelakkan caj penggunaan data pada telefon anda, kami mengesyorkan agar anda sentiasa disambungkan ke Wi-Fi ketika menggunakan WhatsApp Web.