Apabila satu mesej dihantar kepada anda melalui WhatsApp, tetapi aplikasi anda tidak terbuka untuk anda menerimanya, iPhone anda akan memaparkan secara automatik pemberitahuan push untuk memberitahu anda mengenai mesej tersebut. Aplikasi iOS boleh memberi tiga jenis pemberitahuan:
Terdapat dua cara untuk menjawab panggilan WhatsApp, berdasarkan seting pemberitahuan anda:
Nota: Dengan iOS 10 dan integrasi panggilan, nada dering yang digunakan untuk panggilan WhatsApp adalah nada dering yang diset dalam maklumat Kenalan dalam Seting iPhone.
Sila sahkan bahawa seting pemberitahuan anda diaktifkan pada kedua-dua seting WhatsApp dan iPhone anda:
Kelantangan isyarat bunyi dikawal oleh kelantangan pendering iPhone anda, yang boleh diset di dalam Seting iPhone > Bunyi. Di sini, anda juga boleh mengeset pilihan Getar anda.
Jika anda telah mengesahkan bahawa seting pemberitahuan anda adalah betul di dalam kedua-dua seting iPhone dan WhatsApp dan anda tidak menerima sebarang pemberitahuan, ini mungkin isu dengan sambungan anda, iOS atau Perkhidmatan Pemberitahuan Push Apple.
Sila ambil perhatian bahawa penghantaran pemberitahuan dikawal sepenuhya oleh Perkhidmatan Pemberitahuan Push Apple (APNS), dan WhatsApp tidak mempunyai cara untuk menyelesaikan isu dengan perkhidmatan ini. Jika seseorang menghantar anda mesej apabila anda tiada dalam talian, mesej tersebut akan dihantar ke APNS untuk dihantarkan ke telefon anda. WhatsApp tidak mempunyai kawalan atau kebolehlihatan atas penghantaran pemberitahuan tersebut. Isu ini mungkin muncul dalam WhatsApp, tetapi disebabkan oleh APNS atau iOS.
Biasanya, satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu ini ialah dengan memulihkan telefon ke seting kilang dan mengeset telefon seolah-olah ia telefon yang baru. Jika anda memulihkan sandaran, anda mungkin akan dapat memulihkan isu tersebut juga.
Sila ambil perhatian bahawa pemberitahuan push memerlukan kad SIM yang sah dan sambungan selular atau Wi-Fi yang aktif.