Privasi dan keselamatan adalah asas kami, oleh sebab itulah kami mempunyai penyulitan hujung ke hujung. Apabila disulitkan hujung ke hujung, mesej, foto, video, mesej suara, dokumen, pengemaskinian status dan panggilan anda dilindungi daripada terjatuh ke tangan yang salah.
Penyulitan hujung ke hujung WhatsApp memastikan hanya anda dan orang yang anda berkomunikasi dengan boleh membaca benda yang dihantar, dan tiada sesiapa lagi, tidak juga WhatsApp. Mesej anda dilindungi dengan kunci, dan hanya anda dan penerima mesej mempunyai kunci khas yang diperlukan untuk membuka dan membaca mesej anda. Untuk perlindungan tambahan, setiap mesej yang anda hantar mempunyai kunci yang unik. Semua ini berlaku secara automatik: Tidak perlu menghidupkan tetapan atau memasang sembang rahsia khas untuk melindungi mesej anda.
Penting: Penyulitan hujung ke hujung sentiasa diaktifkan. Tidak ada cara untuk mematikan penyulitan hujung ke hujung.
Setiap sembang anda mempunyai kod keselamatannya sendiri yang digunakan untuk mengesahkan bahawa panggilan dan mesej yang anda hantar kepada sembang tersebut disulitkan hujung ke hujung.
Nota: Proses pengesahan adalah opsyenal dan hanya digunakan untuk mengesahkan bahawa mesej yang anda hantar disulitkan secara hujung ke hujung.
Kod ini boleh didapati pada skrin info kenalan, sebagai kod QR dan nombor 60 digit. Kod berikut adalah unik bagi setiap sembang dan boleh dibandingkan antara individu dalam setiap sembang untuk mengesahkan bahawa mesej yang anda hantar kepada sembang disulitkan hujung ke hujung. Kod keselamatan hanyalah kunci istimewa versi boleh dilihat yang dikongsi antara anda berdua - dan jangan risau, ia bukannya kunci yang sebenar, itu sentiasa disimpan sebagai rahsia.
Jika anda dan kenalan anda berada dalam jarak yang dekat secara fizikal, salah seorang daripada anda boleh mengimbas kod QR atau membandingkan nombor 60 digit secara visual. Jika anda mengimbas kod QR dan ia adalah sama, satu tanda semak hijau akan muncul. Oleh kerana ia sepadan, anda boleh berasa yakin tiada siapa yang dapat memintas mesej atau panggilan anda.
Jika kod tidak sepadan, ia mungkin kerana anda mengimbas kod kenalan yang berbeza, atau nombor telefon yang berbeza. Jika kenalan anda telah memasang semula WhatsApp baru-baru ini, atau menukar telefon, kami mengesyorkan anda untuk menyegar semula kod dengan menghantar mesej baharu kepada mereka dan kemudian mengimbas kod tersebut.
Ketahui lebih lanjut tentang perubahan kod keselamatan dalam artikel ini.
Jika anda dan kenalan anda tidak berada dalam jarak yang dekat secara fizikal, anda boleh menghantar kepada mereka nombor 60 digit tersebut. Maklumkan kenalan anda bahawa selepas mereka menerima kod anda, mereka perlu menulisnya dan kemudian membandingkannya secara visual dengan nombor 60 digit yang muncul pada skrin info kenalan di bawah Penyulitan. Untuk Android, iPhone dan Windows Phone, anda boleh menggunakan butang Kongsi daripada skrin Sahkan Kod Keselamatan untuk menghantar nombor 60 digit melalui SMS, e-mel dan sebagainya.
Semua mesej dan panggilan WhatsApp adalah selamat dengan penyulitan hujung ke hujung. Namun, sila ambil perhatian bahawa, apabila anda menghubungi perniagaan, beberapa orang daripada perniagaan tersebut mungkin melihat mesej anda. Sesatu perniagaan mungkin menggunakan syarikat lain untuk mengurus komunikasinya - sebagai contoh, untuk menyimpan, membaca atau membalas kepada mesej anda.
Perniagaan yang berkomunikasi dengan anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa ia mengurus mesej anda berpatutan dengan dasar privasi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi perniagaan tersebut secara langsung. Ketahui lebih lanjut tentang penyulitan hujung ke hujung untuk perniagaan di artikel ini.
Keselamatan adalah penting bagi perkhidmatan yang disediakan oleh WhatsApp. Kami telah menyelesaikan pelaksanaan penyulitan hujung ke hujung dalam tahun 2016 untuk semua pemesejan dan pemanggilan WhatsApp supaya tiada orang, bukan juga kami, mempunyai akses kepada kandungan perbualan anda. Sejak itu, keselamatan digital telah menjadi semakin penting. Kita telah melihat beberapa contoh penggodam jenayah mendapatkan jumlah data peribadi yang banyak secara haram dan telah menyalahgunakan teknologi untuk menyakiti orang dengan mencuri maklumat mereka. Jadi memandangkan kami telah memperkenalkan ciri tambahan - seperti panggilan video dan Status - kami telah melanjutkan penyulitan hujung ke hujung pada ciri-ciri ini juga.
WhatsApp tidak mempunyai keupayaan untuk melihat kandungan mesej atau mendengar panggilan WhatsApp. Ini kerana penyulitan dan penyahsulitan mesej yang dihantar pada WhatsApp berlaku secara keseluruhannya pada peranti anda. Sebelum sesatu mesej meninggalkan peranti anda, mesej tersebut dilindungi dengan kunci kryptografik, dan hanya penerima yang mempunyai kunci dapat membukanya. Di samping itu, kunci tersebut berubah dengan setiap mesej yang dihantar. Sementara semua ini berlaku di belakang layar, anda boleh mengesahkan perbualan anda selamat dengan menyemak kod pengesahan keselamatan pada peranti anda. Anda boleh mendapatkan maklumat tambahan tentang cara ciri ini berfungsi pada kertas putih.
Sudah tentu, ramai orang telah bertanya apakah maksud penyulitan hujung ke hujung bagi mereka yang bekerja dalam bidang penguatkuasaan undang-undang. WhatsApp menghargai kerja yang dibuat oleh ejensi penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi individu di serata dunia. Kami menyemak, mengesahkan, dan membalas dengan berhati-hati permintaan penguatkuasa undang-undang berdasarkan undang-undang dan dasar yang berkaitan, dan kami mengutamakan respons terhadap permintaan cemas. Sebagai sebahagian daripada usaha pendidikan kami, kami telah menyiarkan maklumat untuk penguatkuasa undang-undang tentang maklumat terhad yang kami kumpul dan cara mereka boleh meminta maklumat daripada WhatsApp, yang boleh anda baca di sini.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keselamatan anda di WhatsApp, sila lawati Keselamatan WhatsApp.