Pusat Info
ms
Pilih bahasa anda
  • Azərbaycanca
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Melayu
  • Català
  • Česky
  • Dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • Español
  • Français
  • Gaeilge
  • Hrvatski
  • Italiano
  • Kiswahili
  • Latviešu
  • Lietuviškai
  • Magyar
  • Nederlands
  • Norsk
  • Oʻzbekcha
  • Pilipino
  • Polski
  • Português (BR)
  • Português (PT)
  • Română
  • shqip
  • Slovenčina
  • Slovenščina
  • suomi
  • svensk
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • Български
  • Қазақ
  • Македонски
  • Pусский
  • српски
  • Українська
  • ‏עברית‏
  • العربية
  • فارسی
  • اردو
  • বাংলা
  • हिंदी
  • ગુજરાતી
  • ಕನ್ನಡ
  • मराठी
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • മലയാളം
  • ภาษาไทย
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • 한국어
  • WhatsApp Web
  • Ciri-ciri
  • Muat Turun
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Muat Turun
  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Berhubunglah

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.
WhatsApp Business untuk iPhoneSekuriti dan Privasi

Cara Menggunakan WhatsApp Secara Bertanggungjawab


WhatsApp dibina sebagai cara mudah, selamat dan boleh dipercayai untuk menghantar mesej kepada orang lain. Pemesejan adalah bersifat peribadi dan Terma Perkhidmatan kami direka untuk membantu mengekalkan keselamatan platform dan pengguna kami. Para pengguna telah meminta kami untuk membantu mereka memahami cara menggunakan WhatsApp secara bertanggungjawab, jadi kami telah menyediakan garis panduan ini untuk membantu memastikan pengguna mendapat pengalaman yang baik di WhatsApp. Semua pengguna WhatsApp termasuk entiti kerajaan, parti politik dan calon pekerja pejabat, harus mematuhi peraturan ini apabila menggunakan WhatsApp. Sila baca kertas putih.

Amalan Terbaik Penggunaan WhatsApp

  • Komunikasi peribadi secara lazimnya: Pengguna harus mengurus akaun mereka sendiri untuk sembang peribadi dan perbualan grup kecil.
  • Dapatkan kebenaran individu: Mesej hanya patut dihantar kepada orang yang telah menghubungi anda terlebih dahulu atau telah meminta anda menghubungi mereka melalui WhatsApp. Sebaiknya anda berikan nombor telefon anda kepada individu supaya mereka dapat menghantar mesej kepada anda terlebih dahulu. Sekiranya seseorang memberikan nombor telefon mereka, hantarlah mesej kepada mereka dengan cara yang mereka harapkan. Sebagai contoh, perkenalkan diri anda dan cara anda mendapatkan nombor telefon mereka.
  • Hormati pilihan individu: Sekiranya pengguna meminta anda untuk berhenti menghantar mesej kepada mereka, anda harus mengalih keluar mereka daripada buku alamat anda dan tidak menghubungi mereka lagi. Anda harus mendapatkan kebenaran daripada individu sebelum anda menambah mereka pada grup. Sekiranya anda menambah seseorang pada grup dan mereka keluar dengan sendiri, sila hormati keputusan mereka.
  • Gunakan kawalan Grup: Kami telah mencipta tetapan pemesejan pentadbir sahaja untuk grup WhatsApp. Jika anda seorang pentadbir, anda boleh menentukan jika semua peserta atau hanya pentadbir grup sahaja boleh menghantar mesej dalam grup tersebut. Menggunakan ciri ini boleh membantu mengurangkan mesej yang tidak diingini dalam grup.
  • Berfikir dua kali sebelum memajukan: Kami telah meletakkan label pada semua mesej yang dimajukan untuk menggalakkan pengguna berfikir sebelum berkongsi.

Amalan yang Patut Dihindari

  • Mesej yang tidak diingini, automatik atau pukal: Jangan cuba menghantar mesej pukal, mesej automatik atau mendail secara automatik menggunakan WhatsApp. WhatsApp menggunakan teknologi pembelajaran mesin dan laporan daripada pengguna untuk mengesan dan menghalang akaun daripada menghantar mesej yang tidak diingini. Ini termasuk penghubungan pengguna secara sistematik dengan cara yang tidak mereka ingini. Di samping itu, jangan cipta akaun atau grup dengan cara yang tidak dibenarkan atau secara automatik, atau menggunakan versi WhatsApp yang telah diubah suai.
  • Penggunaan senarai kenalan yang bukan milik anda: Jangan sekali-kali berkongsi nombor telefon tanpa persetujuan individu atau menggunakan data yang diperoleh daripada sumber tidak sah (misalnya dengan membeli senarai nombor telefon) untuk memesej pengguna di WhatsApp atau menambah mereka pada grup.
  • Senarai siaran yang terlalu banyak kali digunakan: Mesej yang dihantar menggunakan senarai siaran hanya akan diterima apabila pengguna telah menambahkan nombor telefon anda pada senarai kenalan mereka. Oleh itu, penggunaan mesej siaran yang kerap mungkin akan menyebabkan pengguna lain melaporkan mesej anda. Kami menyekat akaun yang telah dilaporkan berbilang kali.
  • Menyalahi Terma Perkhidmatan kami: Sebagai peringatan, Terma Perkhidmatan melarang, antara lainnya, menerbitkan kepalsuan dan melibatkan diri dalam perilaku yang menyalahi undang-undang, mengancam, menakutkan, membenci dan menyerang isu perkauman atau etnik. Terma Perkhidmatan menentukan hubungan kontrak anda dengan WhatsApp, dan Terma Perkhidmatan diutamakan sekiranya terdapat konflik dengan dokumen ini.
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Mengapa artikel ini tidak membantu?
  • Artikel itu mengelirukan
  • Artikel itu tidak menjawab soalan saya
  • Penyelesaiannya tidak berhasil
  • Saya tidak suka ciri atau dasar itu
Terima kasih atas maklum balas anda
Laman Utama Pusat Info

WhatsApp

  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Muat Turun
  • WhatsApp Web
  • Perniagaan

Syarikat

  • Tentang
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Berhubunglah
  • Blog
  • Cerita WhatsApp

Muat Turun

  • Mac/PC
  • Android
  • iPhone
  • Windows Phone

Bantuan

  • Pusat Info
  • Twitter
  • Facebook
2019 © WhatsApp Inc.
Terma & Privasi