Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Memulihkan sejarah sembang anda

Sejarah sembang WhatsApp tidak disimpan pada pelayan kami; kami tidak boleh mendapatkan sebarang mesej yang telah terpadam untuk anda. Anda boleh menggunakan ciri sandaran iCloud kami untuk membuat sandaran dan memulihkan sejarah sembang anda.

Sandaran iCloud

Untuk membuat sandaran sembang anda secara manual pada bila-bila masa, pergi ke Seting WhatsApp > Sembang > Sandaran Sembang dan ketik Sandarkan Sekarang. Anda juga boleh mendayakan sandaran automatik secara berkala dengan mengetik Sandaran Auto dan kemudian memilih kekerapan sandaran anda. Ini akan menyandarkan sembang dan media anda ke akaun iCloud anda; anda boleh memilih untuk memasukkan atau mengeluarkan video daripada sandaran. Proses sandaran iCloud mungkin mengambil seketika untuk lengkap; bergantung kepada sambungan Internet anda dan saiz sandaran.

Keperluan:
  • Anda mesti mempunyai iOS 7 atau kemudian.
  • Anda mesti dilog masuk ke dalam iCloud ( Seting Iphone > iCloud).
  • Untuk iOS 7: Dokumen & Data (Seting iPhone > iCloud > Dokumen & Data) mesti diset ke AKTIF.
    Untuk iOS 8 and kemudian: iCloud Drive (Seting iPhone > iCloud > iCloud Drive) mesti diset ke AKTIF.
  • Anda mesti mempunyai ruang kosong yang mencukupi pada kedua-dua iCloud dan iPhone anda.

Menggunakan iCloud pada data selular

Jika anda risau mengenai penggunaan data selular anda, kami mengesyorkan agar anda mengehadkan iCloud anda untuk hanya menyandarkan pada Wi-Fi. Untuk menyahdayakan iCloud ketika dalam data selular, pergi ke Seting iPhone > iCloud > iCloud Drive untuk iOS 8 dan kemudian, atau Seting iPhone > iCloud > Dokumen & Data untuk iOS 7 dan matikan Gunakan Data Selular.

Pulihkan sejarah sembang daripada iCloud

Untuk memulihkan sejarah sembang daripada sandaran iCloud, sahkan dahulu bahawa sandaran iCloud sedia ada dalam Seting WhatsApp > Sembang > Sandaran Sembang. Jika anda boleh melihat kali terakhir sandaran telah dibuat, padam dan pasang semula aplikasi daripada App Store. Selepas mengesahkan nombor telefon anda, ikuti prom pada skrin untuk memulihkan sejarah sembang anda. Keperluan yang sama seperti sandaran iCloud diperlukan untuk pulihan iCloud. Selain itu, nombor telefon yang telah digunakan untuk membuat sandaran dan pemulihan mestilah nombor yang sama. Anda tidak boleh memulihkan sejarah sembang daripada akaun WhatsApp yang lain. Jika anda berkongsi akaun iCloud, ini akan membenarkan anda untuk menyimpan sandaran anda secara berasingan.

Langkah-langkah penyelesaian masalah iCloud

Jika anda mengalami masalah sandaran atau memulihkan daripada iCloud, ini mungkin bukan isu dengan WhatsApp tetapi dengan akaun iCloud.

Jika anda tidak dapat mencipta satu sandaran, sila cuba yang berikut:

  1. Sahkan bahawa anda dilog masuk ke dalam iCloud dalam Seting iPhone > iCloud.
  2. Sahkan bahawa iCloud Drive diaktifkan dalam Seting iPhone > iCloud. Jika anda berada pada iOS 7, anda akan melihat Dokumen & Data dan bukan iCloud Drive.
  3. Jika anda cuba membuat sandaran pada iPhone iOS 7, sahkan bahawa tiada peranti lain yang sedang menggunakan Apple ID anda telah mengaktifkan iCloud Drive. Jika anda telah mengaktifkan iCloud Drive pada sebarang peranti dengan ID Apple anda, anda tidak akan dapat muat naik data pada peranti dengan iOS 7. Walaupun iCloud Drive sebelum ini telah diaktifkan dan kemudian dimatikan, anda tidak akan dapat membuat sandaran pada peranti iOS 7. Anda perlu mengemas kini ke iOS 8 atau kemudian untuk membuat sandaran.
  4. Sahkan bahawa anda mempunyai ruang yang mencukupi dalam akaun iCloud anda untuk mencipta sandaran. Anda boleh melihat berapa banyak ruang yang tersedia pada iCloud anda dalam Seting iPhone > iCloud > Storan.
  5. Jika anda cuba untuk menyandarkan pada rangkaian data selular, pastikan bahawa anda mengaktifkan Gunakan Data Selular dalam **Seting iPhone > iCloud > iCloud Drive > untuk iOS 8 atau kemudian atau Seting iPhone > iCloud > Dokumen & Data untuk iOS 7.
  6. Buat sandaran manual dengan mengetik Sandarkan Sekarang dalam Seting WhatsApp > Sembang > Sandaran Sembang dan biarkan WhatsApp terbuka sehingga perkataan "memuatkan" tertera pada skrin.
  7. Cuba membuat sandaran manual pada rangkaian yang berbeza - sebaik-baiknya pada rangkaian yang paling sering anda gunakan. iCloud direka untuk bekerja paling baik apabila anda cuba membuat sandaran di lokasi geografi dari mana anda sering tersambung.

Jika anda tidak dapat memulihkan sandaran, sila cuba yang berikut:

  1. Sahkan bahawa anda cuba memulihkan data daripada nombor telefon dan akaun iCloud yang sama dengan sandaran yang telah dicipta.
  2. Sahkan bahawa terdapat ruang kosong yang mencukupi pada iPhone anda untuk memulihkan sandaran tersebut. Anda boleh melihat ruang yang tersedia pada telefon anda dalam Seting iPhone > Umum > Perihal.
  3. Sahkan bahawa anda mengaktifkan iCloud Drive dalam Seting iPhone > iCloud > iCloud Drive. Jika anda berada pada iOS 7, anda akan melihat Dokumen & Data dan bukan iCloud Drive.
  4. Jika sandaran telah dicipta dengan menggunakan iCloud Drive, anda tidak akan dapat memulihkan sandaran tersebut pada sebarang peranti yang tidak mempunyai iOS 8 atau kemudian.
  5. Jika anda telah mengaktifkan iCloud Drive pada sebarang peranti dengan menggunakan Apple ID anda, anda tidak akan dapat memulihkan data pada iPhone anda kecuali jika ia mempunyai iOS 8 atau kemudian.
  6. Cuba pemulihan daripada rangkaian yang berbeza - sebaik-baiknya rangkaian yang anda sering tersambung. iCloud direka untuk bekerja paling baik apabila anda cuba memulihkan di lokasi geografi dari mana anda sering tersambung.

Sandaran iPhone

Jika anda telah membuat sandaran iPhone menggunakan iTunes atau iCloud sebelum ini, anda mungkin boleh mendapatkan sembang WhatsApp anda dengan memulihkan iPhone anda daripada sandaran iPhone yang sebelumnya. Pelajari lebih mengenai sandaran dan pemulihan iPhone anda daripada Halaman Sokongan Apple ini.

Perbualan E-mel

Anda juga boleh e-mel kepada diri sendiri sejarah sembang jika anda ingin menyimpan sebuah perbualan:

  1. Buka perbualan WhatsApp yang ingin anda e-mel.
  2. Ketik atas nama kenalan atau subjek grup pada bar navigasi.
  3. Skrol sehingga ke bawah dan ketik Eksport Sembang.
  4. Pilih jika anda ingin Lampir Media atau e-mel perbualan Tanpa Media.
  5. Pilih aplikasi Mel (atau ketik Lagi untuk pilihan tambahan).
  6. Masukkan alamat e-mel anda dan ketik Hantar.

Pelajari lebih mengenai cara memulihkan mesej pada: Android | Windows Phone | BlackBerry | BlackBerry 10