Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Penyulitan hujung ke hujung

Privasi dan keselamatan memang dalam DNA kami, oleh sebab itu kami mempunyai penyulitan hujung ke hujung dalam versi terkini aplikasi kami. Apabila terdapat penyulitan hujung ke hujung, mesej, foto, video, mesej suara, dokumen, kemas kini status dan panggilan dilindungi daripada terjatuh ke tangan yang salah.

Penyulitan hujung ke hujung tersedia apabila anda dan orang yang anda mesej berada pada versi WhatsApp yang terkini.

Penyulitan hujung ke hujung WhatsApp memastikan hanya anda dan orang yang anda berkomunikasi dengan boleh membaca apa yang dihantar, dan tiada sesiapa di antaranya, bukan WhatsApp juga. Mesej anda dilindungi dengan satu kunci, dan hanya anda dan penerima mesej anda mempunyai kunci istimewa yang diperlukan untuk membuka dan membaca mesej anda. Untuk perlindungan tambahan, setiap mesej yang anda hantar mempunyai kunci yang unik. Semua ini terjadi secara automatik: tidak perlu menghidupkan tetapan (seting) atau menetapkan sembang rahsia khas untuk melindungi mesej anda.

Penting: Penyulitan hujung ke hujung sentiasa diaktifkan, asalkan semua pihak menggunakan versi WhatsApp yang terkini. Tiada cara untuk mematikan penyulitan hujung ke hujung.

Apakah skrin "Sahkan kod keselamatan" dalam skrin info kenalan?

Setiap sembang anda mempunyai kod keselamatan sendiri yang digunakan untuk mengesahkan panggilan dan mesej yang anda hantar adalah disulitkan secara hujung ke hujung.

Nota: Proses pengesahan tidak wajib dan hanya digunakan untuk mengesahkan bahawa mesej-mesej yang anda hantar disulitkan secara hujung ke hujung.

Kod ini boleh ditemui dalam skrin info kenalan, sebagai kod QR dan nombor 60 digit. Kod-kod ini adalah unik untuk setiap sembang dan boleh dibandingkan antara orang dalam setiap sembang untuk mengesahkan bahawa mesej-mesej yang anda hantar ke sembang disulitkan secara hujung ke hujung. Kod keselamatan hanyalah versi dilihat dari kunci istimewa yang dikongsi antara anda - dan jangan risau, ia bukannya kod sebenarnya, kerana itu sentiasa rahsia.

Untuk mengesahkan bahawa sembang disulitkan secara hujung ke hujung

  1. Buka sembang.
  2. Ketik atas nama kenalan dan buka skrin info kenalan.
  3. Ketik Penyulitan untuk melihat kod QR dan nombor 60 digit.

Jika anda dan kenalan anda berada dalam jarak yang dekat secara fizikal, salah satu daripada anda boleh mengimbas kod QR atau membandingkan nombor 60 digit secara visual. Jika anda mengimbas kod QR dan ia sememangnya sama, satu tanda tik hijau akan muncul. Oleh kerana mereka sepadan, anda boleh berasa yakin tiada siapa yang dapat memintas mesej atau panggilan anda.

Jika kod tidak sepadan, ia mungkin kerana anda mengimbas kod ke kenalan yang berbeza, atau nombor telefon yang berbeza. Jika kenalan anda telah memasang semula WhatsApp baru-baru ini, atau menukar peranti, kami mengesyorkan agar anda menyegarkan semula kod dengan menghantar mereka mesej baru dan kemudian mengimbas kod.

Pelajari lebih mengenai perubahan kod keselamatan dalam artikel Soalan lazim ini.

Jika anda dan kenalan anda tidak berada dalam jarak yang dekat secara fizikal, anda boleh menghantar nombor 60 digit kepada mereka. Maklumkan kenalan anda bahawa selepas mereka menerima kod anda, mereka perlu menulisnya dan kemudian membandingkan nombor 60 digit secara visual yang muncul dalam skrin info kenalan di bawah Penyulitan. Untuk Android, iPhone dan Windows Phone, anda boleh menggunakan butang Kongsi dari skrin kod QR/nombor 60 digit untuk menghantar nombor 60 digit tersebut melalui SMS, e-mel, dan sebagainya.

Mengapakah WhatsApp menawarkan ciri penyulitan hujung ke hujung dan apakah maksudnya bagi menjaga keselamatan orang?

Keselamatan adalah penting bagi perkhidmatan yang disediakan oleh WhatsApp. Kami telah menyelesaikan pelaksanaan penyulitan hujung ke hujung di 2016 untuk semua aspek pemesejan dan pemanggilan pada WhatsApp supaya tiada orang, bukan kami juga, yang mempunyai akses ke kandungan perbualan anda. Sejak itu, keselamatan digital telah menjadi lebih penting. Kita telah melihat beberapa contoh di mana penggodam jenayah telah mendapat jumlah data peribadi yang banyak secara haram dan telah menyalahgunakan teknologi untuk menyakiti orang dengan mencuri maklumat mereka. Jadi, kami telah memperkenalkan ciri-ciri yang lebih - seperti panggilan video dan Status - kami telah melanjutkan penyulitan hujung ke hujung ke ciri-ciri ini juga.

WhatsApp tidak mempunyai keupayaan untuk melihat kandungan mesej atau mendengar panggilan pada WhatsApp. Ini kerana penyulitan dan penyahsulitan mesej-mesej yang dihantar pada WhatsApp berlaku secara keseluruhannya pada peranti anda. Sebelum satu mesej meninggalkan telefon anda, mesej tersebut dilindungi dengan kunci kryptografik, dan hanya penerima yang mempunyai kunci untuk membukanya. Tambahan, kunci berubah dengan setiap mesej yang dihantar. Sementara semua ini berlaku di belakang layar, anda boleh mengesahkan perbualan anda selamat dengan menyemak kod pengesahan kesalamatan pada peranti anda. Anda boleh mencari maklumat tambahan mengenai cara ini bekerja dalam kertas putih kami.

Orang telah bertanya apakah maksud penyulitan hujung ke hujung bagi mereka dalam bidang penguatkuasaan undang-undang. WhatsApp menghargai kerja yang dibuat oleh ejensi penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi orang di sekitar dunia. Kami menyemak dengan berhati-hati, mengesahkan, dan membalas permintaan penguatkuasaan undang-undang berdasarkan undang-undang dan dasar yang berkaitan, dan kami mengutamakan balasan ke permintaan cemas. Sebagai sebahagian usaha pendidikan kami, kami telah menyiarkan maklumat untuk penguatkuasaan undang-undang mengenai maklumat terhad yang kami mengutip dan bagaimana mereka boleh meminta WhatsApp, yang boleh dibaca di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila baca Keselamatan WhatsApp.