Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Menggunakan Grup Sembang

Ciri Grup Sembang membenarkan anda bersembang dengan sehingga 256 orang sekaligus. Ia adalah cara yang hebat untuk kekal berhubungan dengan keluarga, rakan-rakan dan teman sekerja anda. Selain jumlah maksimum peserta yang dapat ditambah ke sebuah grup, terdapat beberapa perkara lagi yang perlu diingati tentang Grup Sembang:

  • Anda boleh mencipta grup tanpa had.
  • Setiap grup mempunyai satu atau lebih pentadbir. Hanya pentadbir sahaja yang dapat menambahkan atau membuang peserta.
  • Hanya pentadbir sahaja dapat menetapkan peserta lain sebagai pentadbir.
  • Jika pentadbir terakhir meninggalkan grup, pentadbir baru akan ditetapkan secara rambang.
  • Anda sentiasa dapat mengawal penyertaan sendiri dalam sebuah Grup Sembang dengan berada dalam grup atau meninggalkan grup tersebut pada bila-bila masa. Ingat, hanya pentadbir grup sahaja yang berkeupayaan untuk menambahkan peserta ke grup. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penambahan ke grup, atau jika anda ingin ditambahkan, sila hubungi pentadbir grup.
  • Jika anda telah menyekat seorang kenalan, anda masih akan menerima mesej-mesej yang dihantar oleh kenalan ini ke sebarang grup yang anda miliki bersama. Begitu juga, mereka masih akan menerima mesej-mesej yang anda hantar ke grup tersebut.

Pelajari cara bagaimana menggunakan Grup Sembang dalam WhatsApp pada: Android | iPhone | Windows Phone | Nokia S40 | BlackBerry | BlackBerry 10