Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Menyemak Resit Dibaca

Tanda tik akan muncul di sebelah setiap mesej yang anda hantar. Berikut adalah makna setiap tanda tik:

  • mesej telah berjaya dihantar.
  • mesej telah berjaya disampaikan ke telefon penerima mesej.
  • penerima mesej telah membaca mesej anda.

Dalam sebuah grup sembang, tanda tik kedua akan muncul apabila semua peserta dalam grup telah menerima mesej anda. Dua tanda tik biru akan muncul apabila semua peserta dalam grup telah membaca mesej anda.

Skrin Info Mesej menunjukkan siapa yang telah melihat mesej anda dan bila. Pelajari lebih mengenai skrin Info Mesej pada: Android | iPhone | Windows Phone | Nokia S40 | BlackBerry | BlackBerry 10

Jika anda hanya melihat satu tanda tik di sebelah mesej anda, berkemungkinan tiada masalah dengan WhatsApp atau telefon anda. Terdapat beberapa sebab mengapa mesej anda telah dihantar, tetapi tidak disampaikan ke rakan sembang anda:

  • Telefon mereka mungkin dimatikan.
  • Mereka mungkin mengalami isu sambungan rangkaian.
  • Mereka mungkin telah melihat pemberitahuan pada skrin mereka, tetapi tidak melancarkan aplikasi (sangat umum jika penerima menggunakan iPhone).
  • Mereka mungkin telah menyekat anda. Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel ini.