Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Memulihkan sejarah sembang anda

Anda boleh membuat sandaran data WhatsApp anda dengan menggunakan Google Drive dan/atau sandaran tempatan. Sandaran tempatan dicipta secara automatik setiap hari pada pukul 2 pagi dan ia akan disimpan sebagai satu fail pada telefon anda.

Google Drive

Anda boleh membuat sandaran sembang dan media ke Google Drive, jadi jika anda menukar telefon Android anda atau mendapatkan yang baru, sembang dan media anda boleh dipindahkan.

Cara bagaimana membuat sandaran ke Google Drive
  1. Buka WhatsApp.
  2. Ketik Butang Menu > Tetapan > Sembang > Sandaran sembang.
  3. Di sini anda boleh mengetik Sandarkan untuk membuat sandaran segera dan anda juga boleh mengetik Sandarkan pada Google Drive untuk menetapkan kekerapan sandaran.
  4. Jika anda tidak mempunyai akaun Google yang sudah ditetapkan, ketik Tambah akaun apabila diprom.
  5. Ketik Sandarkan melalui untuk memilih rangkaian yang ingin anda gunakan untuk membuat sandaran. Sila ambil perhatian bahawa sandaran melalui selular boleh menyebabkan caj data tambahan.
Nota penting mengenai Google Drive
  • Sandaran yang pertama mungkin mengambil seketika untuk lengkap. Sila tinggalkan telefon anda tersambung ke sumber kuasa.
  • Anda boleh mengubah kekerapan sandaran sembang anda, akaun Google ke mana anda membuat sandaran dan sambungan yang akan digunakan untuk membuat sandaran pada bila-bila masa di Butang Menu > Tetapan > Sembang > Sandaran sembang.
  • Setiap kali anda mencipta sandaran Google Drive dengan menggunakan akaun Google yang sama, sandaran Google Drive yang sebelumnya akan ditulis ganti. Tiada cara untuk memulihkan sandaran Google Drive yang lama.
  • Media dan mesej yang anda sandarkan tidak dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung WhatsApp ketika dalam Google Drive.

Memulihkan atau memindahkan sandaran

WhatsApp akan meminta anda untuk memulihkan sembang dan media daripada sandaran apabila anda mengesahkan nombor anda. Ketik Pulihkan apabila diprom untuk melakukan sebegitu. Jika WhatsApp tidak mengesan sandaran, ia mungkin kerana:

  • Anda tidak dilog masuk ke dalam akaun Google yang sama.
  • Anda tidak menggunakan nombor telefon yang sama yang telah digunakan untuk mencipta sandaran.
  • Kad SD dan/atau sejarah sembang anda rosak.
  • Fail sandaran tidak wujud pada akaun Google Drive atau secara tempatan pada telefon anda.

Nota: Cara yang paling mudah untuk memindahkan data ke telefon baru adalah dengan menggunakan Google Drive. Jika anda ingin menggunakan sandaran tempatan, anda perlu memindahkan fail kepada telefon baru dengan menggunakan komputer, penjelajah fail atau kad SD. Jika data anda tidak disimpan pada folder /sdcard/WhatsApp/, anda boleh melihat dalam folder "storan dalaman" atau "storan utama".

Untuk memulihkan sandaran tempatan yang lama (bukan yang terkini)

Telefon anda akan memulihkan fail-fail sandaran tempatan yang dibuat selama 7 hari terakhir (Google Drive hanya akan mempunyai fail yang terkini). Jika anda ingin memulihkan sandaran tempatan yang bukan terkini, anda perlu melakukan berikut:

  1. Muat turun aplikasi pengurus fail.
  2. Dalam aplikasi pengurus fail, navigasi ke sdcard/WhatsApp/Databases. Jika data anda tidak disimpan pada kad SD, anda mungkin akan melihat "storan dalaman" atau "storan utama", dan bukannya kad SD.
  3. Namakan semula fail sandaran yang ingin anda pulihkan dari msgstore-YYYY-MM-DD.1.db.crypt12 ke msgstore.db.crypt12. Ia adalah mungkin bahawa sandaran awal anda mungkin protokol awal, seperti crypt9 atau crypt10. Jangan ubah nombor sambungan crypt.
  4. Nyahpasang WhatsApp.
  5. Pasang semula WhatsApp.
  6. Ketik Pulihkan apabila diminta.

Penyelesaian masalah penyandaran dan isu pemulihan

Untuk masalah berkaitan dengan ciptaan sandaran Google Drive
  1. Sahkan bahawa anda telah menambahkan akaun Google ke telefon anda.
  2. Sahkan bahawa anda mempunyai ruang yang mencukupi pada akaun Google Drive untuk mencipta sandaran.
  3. Sahkan bahawa anda mempunyai perkhidmatan Google Play dipasang pada telefon anda. Nota: Perkhidmatan Google Play hanya tersedia pada Android 2.3.4 dan kemudian.
  4. Jika anda bercuba untuk membuatkan sandaran melalui rangkaian data selular, pastikan bahawa anda mempunyai data untuk WhatsApp dan perkhidmatan Google Play. Sila hubungi pembekal anda jika anda tidak pasti.
  5. Cuba mencipta sandaran melalui rangkaian yang lain (sebagai contoh, cuba menyambung ke Wi-Fi jika anda tidak dapat membuat sandaran melalui rangkaian selular).
Untuk masalah berkaitan dengan pemulihan sandaran Google Drive
  1. Pastikan anda sedang mencuba untuk memulihkan sandaran dengan menggunakan nombor telefon dan akaun Google yang sama dengan sandaran yang telah dicipta.
  2. Pastikan terdapat ruang yang mencukupi untuk memulihkan sandaran.
  3. Pastikan anda mempunyai perkhidmatan Google Play dipasang pada telefon anda. Nota: Perkhidmatan Google Play hanya tersedia pada Android 2.3.4 dan kemudian.
  4. Pastikan bahawa bateri anda dicas sepenuhnya atau telefon anda dipalam masuk ke dalam sumber kuasa.
  5. Pastikan bahawa telefon anda mempunyai sambungan Internet yang kuat dan stabil. Jika anda tidak dapat memulihkan dengan menggunakan rangkaian selular, sila cuba sambungkan telefon anda ke Wi-Fi.

Pelajari cara bagaimana memulihkan mesej-mesej pada: iPhone | Windows Phone | BlackBerry | Nokia S60 | BlackBerry 10

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp