Ciri Balas membenarkan anda untuk membalas mesej tertentu dalam sembang individu atau grup.
Untuk membalas mesej:
Android: Ketik dan tahan mesej, kemudian ketik Balas. Taipkan balasan anda dan ketik Hantar.
Sebagai alternatif, leret ke kanan pada mesej untuk membalas.
Untuk membalas secara peribadi kepada seseorang yang telah menghantar mesej dalam grup, ketik dan tahan mesej tersebut, kemudian ketik Lagi pilihan > Balas secara peribadi.
iPhone: Ketik dan tahan mesej, kemudian ketik Balas. Taipkan balasan anda dan ketik Hantar.
Sebagai alternatif, leret ke kanan pada mesej untuk membalas.
Untuk membalas secara peribadi kepada seseorang yang telah menghantar mesej dalam grup, ketik dan tahan mesej tersebut, kemudian ketik Lagi > Balas Secara Peribadi.
Windows Phone: Tahan lama mesej tersebut, kemudian ketik balas . Taipkan balasan anda dan ketik hantar.
Untuk membalas secara peribadi kepada seseorang yang telah menghantar mesej dalam grup, tahan lama mesej tersebut, kemudian ketik balas secara peribadi.
WhatsApp Web dan WhatsApp Desktop: Hover atas mesej, kemudian ketik Menu > Balas. Taipkan balasan anda dan ketik Hantar ( atau ).
Untuk membalas secara peribadi kepada seseorang yang telah menghantar mesej dalam grup, hover atas mesej tersebut, kemudian ketik Menu > Balas secara peribadi.
Nota: Jika anda mahu membatalkan balasan sebelum menghantar, ketik atu klik "x" di sebelah kanan mesej.