Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsAppPusat Info
WHATSAPP WEB
CIRI
MUAT TURUN
KESELAMATAN
PUSAT BANTUAN

Pilih bahasa anda

  • azərbaycan

  • Afrikaans

  • Bahasa Indonesia

  • Melayu

  • català

  • čeština

  • dansk

  • Deutsch

  • eesti

  • English

  • español

  • français

  • Gaeilge

  • hrvatski

  • italiano

  • Kiswahili

  • latviešu

  • lietuvių

  • magyar

  • Nederlands

  • norsk bokmål

  • o‘zbek

  • Filipino

  • polski

  • Português (Brasil)

  • Português (Portugal)

  • română

  • shqip

  • slovenčina

  • slovenščina

  • suomi

  • svenska

  • Tiếng Việt

  • Türkçe

  • Ελληνικά

  • български

  • қазақ тілі

  • македонски

  • русский

  • српски

  • українська

  • עברית

  • العربية

  • فارسی

  • اردو

  • বাংলা

  • हिन्दी

  • ગુજરાતી

  • ಕನ್ನಡ

  • मराठी

  • ਪੰਜਾਬੀ

  • தமிழ்

  • తెలుగు

  • മലയാളം

  • ไทย

  • 简体中文

  • 繁體中文(台灣)

  • 繁體中文(香港)

  • 日本語

  • 한국어

  • Muat Turun

  • Ciri-ciri

  • Keselamatan

  • Pusat Info

  • Berhubunglah

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.
  1. Android
  2. Panggilan Suara dan Video

Cara membuat panggilan suara grup

Panggilan grup membenarkan sehingga lapan peserta untuk menyertai panggilan suara dengan satu sama lain menggunakan WhatsApp secara percuma. Panggilan suara menggunakan sambungan Internet telefon anda dan bukannya minit pelan telefon mudah alih anda. Caj data mungkin dikenakan. Apabila anda menerima panggilan suara grup, skrin panggilan suara grup WhatsApp masuk akan menunjukkan peserta yang sedang berada dalam panggilan dan kenalan pertama yang tersenarai ialah peserta yang telah menyertakan anda dalam panggilan. Sejarah panggilan suara grup akan muncul dalam tab PANGGILAN. Anda boleh mengetik sejarah panggilan untuk melihat setiap peserta daripada panggilan tersebut. Anda juga boleh menyertai panggilan yang terlepas jika panggilan tersebut masih berlangsung.

Membuat panggilan suara grup

Membuat panggilan suara grup daripada sembang grup
  1. Buka sembang grup yang ingin anda hubungi melalui panggilan suara.
  2. Sekiranya sembang grup anda mempunyai 33 atau lebih peserta, ketik Panggilan grup.
    • Sekiranya sembang grup anda mempunyai 32 atau kurang peserta, ketik Panggilan suara dan sahkan keputusan anda. Tujuh orang pertama yang menjawab boleh menyertai panggilan tersebut dan hanya ahli grup boleh menyertainya.
  3. Cari kenalan yang ingin disertakan dalam panggilan, kemudian ketik Panggilan suara.
Membuat panggilan suara grup daripada tab PANGGILAN
  1. Buka WhatsApp, kemudian ketik tab PANGGILAN.
  2. Ketik Panggilan baharu > Panggilan grup baharu.
  3. Cari kenalan yang ingin disertakan dalam panggilan, kemudian ketik Panggilan suara.
Membuat panggilan suara grup daripada sembang individu
  1. Buka sembang individu dengan salah seorang kenalan yang ingin anda hubungi melalui panggilan suara.
  2. Ketik Panggilan suara.
  3. Selepas kenalan menerima panggilan tersebut, ketik Buka > Tambah peserta.
  4. Cari kenalan lain yang ingin disertakan dalam panggilan, kemudian ketik TAMBAH.
  5. Ketik Tambah peserta jika anda ingin menambah lagi kenalan.

Menyertai panggilan suara grup

Menyertai panggilan suara grup masuk
  1. Anda akan menerima pemberitahuan apabila seseorang menjemput anda untuk menyertai panggilan suara grup.
  2. Jika anda tidak dapat menyertai, ketik Abaikan. Untuk membuka skrin info panggilan, ketik Sertai.
  3. Daripada skrin info panggilan, anda boleh pratonton peserta panggilan dan jemputan lain.
  4. Ketik Sertai untuk menyertai panggilan tersebut.
  5. Ketika berada dalam panggilan, ketik Buka untuk membuka skrin info panggilan.
    • Ketik Tambah peserta untuk menyertakan kenalan lain dalam panggilan.
    • Ketik HUBUNGI untuk menghantar pemberitahuan kepada orang yang telah diundang.
Menyertai panggilan suara grup terlepas
  1. Buka WhatsApp, kemudian ketik tab PANGGILAN.
  2. Sekiranya panggilan dimulakan daripada sembang grup, anda boleh menyertainya dengan membuka sembang tersebut dan mengetik Sertai.
  3. Jika panggilan masih berlangsung, ketik panggilan yang ingin disertai. Ini akan membuka skrin info panggilan.
  4. Daripada menu panggilan, ketik Sertai.
Nota:
  • Pastikan anda dan kenalan anda mempunyai sambungan Internet yang kukuh ketika membuat atau menerima panggilan suara grup. Kualiti panggilan suara bergantung pada kenalan dengan sambungan yang paling lemah.
  • Semasa berada dalam panggilan suara grup, anda tidak akan dapat menukar panggilan tersebut kepada panggilan video.
  • Anda tidak boleh mengalih keluar kenalan semasa berada dalam panggilan suara grup. Kenalan tersebut perlu meletakkan telefon untuk memutuskan sambungan daripada panggilan.
  • Walaupun anda boleh berada dalam panggilan suara grup dengan seseorang yang telah anda sekat, anda tidak boleh menambah kenalan yang telah anda sekat atau kenalan yang telah menyekat anda pada panggilan tersebut. Anda boleh mengabaikan panggilan tersebut jika anda tidak ingin dihubungkan dengan kenalan yang telah disekat.
  • Anda tidak boleh mengakses nombor perkhidmatan kecemasan melalui WhatsApp, seperti 911 di Amerika Syarikat. Perancangan komunikasi alternatif mesti dibuat untuk membuat panggilan kecemasan.

Sumber berkaitan:

  • Cara membuat panggilan suara pada: Android | iPhone
  • Cara membuat panggilan suara grup pada iPhone
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Mengapa artikel ini tidak membantu?
  • Artikel itu mengelirukan
  • Artikel itu tidak menjawab pertanyaan saya
  • Penyelesaiannya tidak berhasil
  • Saya tidak suka ciri atau dasar itu
Terima kasih atas maklum balas anda
Pusat Info

WHATSAPP

Ciri-ciri

Keselamatan

Muat Turun

WhatsApp Web

Perniagaan

Privasi

SYARIKAT

Perihal

Kerjaya

Pusat Jenama

Berhubunglah

Blog

Cerita WhatsApp

MUAT TURUN

Mac/PC

Android

iPhone

BANTUAN

Pusat Info

Twitter

Facebook

Koronavirus

2022 © WhatsApp LLC

Terma & Privasi