Cara membuat panggilan video grup
Panggilan grup membenarkan sehingga lapan peserta untuk menyertai panggilan video dengan satu sama lain menggunakan WhatsApp. Apabila anda menerima panggilan video grup, skrin panggilan video grup WhatsApp masuk akan menunjukkan peserta yang sedang berada dalam panggilan, dan kenalan pertama yang tersenarai adalah peserta yang telah menambahkan anda. Sejarah panggilan video grup akan muncul dalam tab PANGGILAN. Anda boleh mengetik sejarah panggilan untuk melihat setiap peserta daripada panggilan tersebut. Anda juga boleh menyertai panggilan yang terlepas jika panggilan tersebut masih berlangsung.
Membuat panggilan video grup
Membuat panggilan video grup daripada sembang grup
- Buka sembang grup WhatsApp yang ingin dihubungi melalui panggilan video.
- Sekiranya sembang grup anda mempunyai 33 atau lebih peserta, ketik Panggilan grup
. - Sekiranya sembang grup anda mempunyai 32 atau kurang peserta, ketik Panggilan video
dan sahkan keputusan anda. Tujuh orang pertama yang menjawab boleh menyertai panggilan tersebut dan hanya ahli grup boleh menyertainya. - Cari kenalan yang ingin ditambahkan pada panggilan, kemudian ketik Panggilan video
.
Membuat panggilan video grup daripada tab PANGGILAN
- Buka WhatsApp, kemudian ketik tab PANGGILAN.
- Ketik Panggilan baharu
> Panggilan grup baharu. - Cari kenalan yang ingin ditambahkan pada panggilan, kemudian ketik Panggilan video
.
Membuat panggilan video grup daripada sembang individu
- Buka sembang WhatsApp dengan salah seorang kenalan yang ingin anda buat panggilan video.
- Ketik Panggilan video
. - Selepas kenalan menerima panggilan tersebut, ketik Buka
> Tambah peserta. - Cari kenalan lain yang ingin ditambahkan pada panggilan, kemudian ketik TAMBAH.
- Ketik Tambah peserta jika anda ingin menambah lagi kenalan.
Menyertai panggilan video grup
Menyertai panggilan video grup masuk
- Anda akan menerima pemberitahuan apabila seseorang menjemput anda untuk menyertai panggilan video grup.
- Jika anda tidak dapat menyertai, ketik Abaikan. Untuk membuka skrin info panggilan, ketik Sertai.
- Daripada menu panggilan, anda boleh pratonton peserta panggilan dan jemputan lain.
- Ketik Sertai untuk menyertai panggilan tersebut.
- Ketika berada dalam panggilan, ketik Buka
untuk membuka skrin info panggilan. - Ketik Tambah peserta untuk menambah lagi kenalan pada panggilan.
- Ketik HUBUNGI untuk menghantar pemberitahuan kepada orang yang telah diundang.
Menyertai panggilan video grup yang terlepas
- Buka WhatsApp, kemudian ketik tab PANGGILAN.
- Sekiranya panggilan dimulakan daripada sembang grup, anda boleh menyertainya dengan membuka sembang tersebut dan mengetik Sertai.
- Jika panggilan masih berlangsung, ketik panggilan yang ingin disertai. Ini akan membuka skrin info panggilan.
- Daripada menu panggilan, ketik Sertai.
- Hanya lapan peserta boleh aktif dalam panggilan pada satu masa.
- Pastikan anda dan kenalan anda mempunyai sambungan Internet yang kukuh apabila membuat atau menerima panggilan video grup. Kualiti panggilan video bergantung pada kenalan yang mempunyai sambungan yang paling lemah.
- Ketika berada dalam panggilan video grup, anda mempunyai pilihan untuk mematikan video anda dengan mengetik Matikan video
. - Anda tidak boleh mengalih keluar kenalan ketika berada dalam panggilan video grup. Kenalan tersebut perlu meletakkan telefon untuk memutuskan sambungan daripada panggilan.
- Walaupun anda boleh berada dalam panggilan video grup dengan seseorang yang telah anda sekat, anda tidak boleh menambah kenalan yang telah anda sekat atau kenalan yang telah menyekat anda pada panggilan tersebut.
- Panggilan video hanya tersedia pada telefon Android yang menggunakan OS 4.1 atau lebih baharu.