Kiraan lencana yang salah pada ikon WhatsApp biasanya disebabkan oleh isu dengan telefon anda. Sila cuba langkah-langkah penyelesaian masalah ini untuk menetapkannya semula:
- Minta seorang kenalan untuk menghantar mesej WhatsApp yang baru. Ini harus menyegarkan semula kiraan mesej secara automatik.
- Ketik dan tahan atas ikon WhatsApp dan seretkannya ke ikon tong sampah (biasanya terletak di atas skrin), kemudian seretkan ikon WhatsApp baru daripada laci aplikasi ke dalam skrin utama anda.
- Nyahpasang WhatsApp. Pergi ke Tetapan > Peranti > Aplikasi > Pengurus aplikasi > Lagi > Tunjukkan aplikasi sistem > PembekalLencana > Storan (laluan mungkin berbeza bergantung pada telefon anda) atau pada aplikasi kiraan lencana anda, ketik Kosongkan data, dan pasang semula WhatsApp.
- Pergi ke Tetapan > Sistem > Pilihan pembangun dan pastikan Jangan simpan aktiviti dimatikan. Jika anda tidak mempunyai pilihan pembangun, langkau langkah ini.
- Pergi ke Tetapan > Peranti > Aplikasi > Pengurus aplikasi > WhatsApp > Storan dan ketik Kosongkan data. Anda mesti mengesahkan nombor telefon anda sekali lagi apabila anda membuka WhatsApp.
Kiraan lencana adalah satu fungsi pemberitahuan yang disediakan oleh pelancar anda dan bukannya fungsi WhatsApp. Jika anda terus mengalami isu, sila hubungi pengeluar telefon anda.
Ketahui cara bagaimana mendapatkan kiraan lencana pada aplikasi anda di sini.