Pusat Info
Pilih bahasa anda
  • azərbaycan
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Melayu
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • Filipino
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • العربية
  • فارسی
  • اردو
  • বাংলা
  • हिन्दी
  • ગુજરાતી
  • ಕನ್ನಡ
  • मराठी
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • 한국어
  • WhatsApp Web
  • Ciri-ciri
  • Muat Turun
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Muat Turun
  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Berhubunglah

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.
AndroidPenyelesaian masalah

Masalah memuat turun atau mengemas kini WhatsApp

Jika anda mengalami isu apabila memuat turun atau mengemas kini WhatsApp daripada Gedung Google Play, ia mungkin kerana salah satu sebab berikut:

  • Kod ralat
  • "Tiada ruang mencukupi pada peranti"
  • "Aplikasi ini tidak serasi dengan Peranti Android anda"
  • "Item ini tidak tersedia di negara anda"

Jika ralat anda tidak disenaraikan di atas, sila semak Pusat Bantuan Google Play untuk langkah-langkah penyelesaian masalah khusus.

Kod ralat

Untuk kod ralat: 413, 481, 491, 492, 505, 907, 910, 921, 927, 941 dan DF-DLA-15
  1. Alih keluar akaun Google anda dengan pergi ke Tetapan telefon anda. Kemudian ketik Pengguna & akaun.
  2. Pilih akaun Google anda dan ketik ALIH KELUAR AKAUN > ALIH KELUAR AKAUN.
  3. Mulakan semula telefon anda, atau matikan dan hidupkannya kembali.
  4. Tambahkan semula akaun Google anda dengan pergi ke Tetapan telefon anda. Kemudian, ketik Pengguna & akaun > Tambah akaun > Google.
  5. Log masuk ke akaun Google anda.
  6. Kosongkan cache Gedung Google Play anda dengan pergi ke Tetapan telefon anda. Kemudian ketik Aplikasi & pemberitahuan > Info Aplikasi > Gedung Google Play > Storan > KOSONGKAN CACHE .
  7. Kosongkan data Gedung Google Play dengan mengetik KOSONGKAN DATA > OK.
  8. Cuba muat turun WhatsApp sekali lagi.
Untuk kod ralat: 101, 498 dan 919

Sila ikut arahan pada bahagian "Tiada ruang mencukupi pada peranti" dan cuba pasangkan WhatsApp sekali lagi.

Untuk kod ralat: 403, 495, 504, 911, 920, 923, ralat RPC, fail pakej tidak sah, pemasangan atau ralat muat turun gagal
  1. Ikut arahan pada bahagian “Tiada ruang mencukupi pada peranti" untuk memastikan anda mempunyai ruang yang mencukupi pada peranti anda.
  2. Ketik pautan ini daripada laman web kami untuk memuat turun WhatsApp sebagai fail APK.
  3. Ketik MUAT TURUN SEKARANG.
  4. Buka fail APK untuk memulakan pemasangan.
    • Nota: Apabila membuka fail APK, anda perlu mengetik TETAPAN > Benarkan daripada sumber ini.
Untuk kod ralat: 490
  1. Jika anda menggunakan data selular, sila cuba muat turun WhatsApp menggunakan Wi-Fi sahaja.
  2. Jika ini tidak berjaya, cuba berikut:
    • Pergi ke Tetapan telefon anda > Aplikasi atau Aplikasi & pemberitahuan > Gedung Google Play > Penggunaan data > Hidupkan Data latar belakang.
    • Pergi ke Tetapan telefon anda > Aplikasi atau Aplikasi & pemberitahuan > Gedung Google Play > Penggunaan data > Data Latar Belakang > Hidupkan Data latar belakang.
  3. Jika petua di atas tidak berjaya, cuba kosongkan cache Gedung Google Play dengan pergi ke Tetapan telefon anda. Kemudian ketik Aplikasi & pemberitahuan > Info aplikasi > Gedung Google Play > Storan > Kosongkan cache.
  4. Kosongkan Gedung Google Play dengan mengetik Kosongkan storan > OK.
  5. Cuba muat turun WhatsApp sekali lagi.

Tiada ruang mencukupi pada peranti

Jika anda tidak dapat memasang WhatsApp kerana tiada ruang yang mencukupi pada telefon anda, cuba kosongkan cache dan data Gedung Google Play:

  1. Pergi ke Tetapan telefon anda, kemudian ketik Aplikasi & pemberitahuan > Info aplikasi > Gedung Google Play > Storan > KOSONGKAN CACHE.
  2. Ketik KOSONGKAN DATA > OK.
  3. Mulakan semula telefon anda, kemudian cuba pasangkan WhatsApp sekali lagi.

Jika anda masih tidak dapat memasang WhatsApp, berikut terdapat beberapa petua untuk mencipta ruang kosong pada telefon anda:

  • Kosongkan cache dan data dengan pergi ke Tetapan telefon anda > Storan.
  • Alihkan data dan aplikasi kepada kad SD luaran anda.
  • Padamkan aplikasi yang anda tidak gunakan lagi.
  • Lihat dalam folder WhatsApp yang tersembunyi di bawah. Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh mengakses folder ini menggunakan pengurus fail:
    • Folder untuk foto terletak di: /WhatsApp/Media/WhatsApp Images/Sent.
    • Folder untuk video terletak di: /WhatsApp/Media/WhatsApp Video/Sent.
    • Folder untuk mesej suara terletak di: /WhatsApp/Media/WhatsApp Voice Notes.

Ruang kosong 1 GB minimum disyorkan apabila memasang atau mengemas kini aplikasi.

Nota: Jika anda memadamkan foto, video atau mesej suara WhatsApp, anda tidak akan dapat melihat atau mendengarnya lagi.

Aplikasi ini tidak serasi dengan Peranti Android anda

Sila rujuk semua peranti yang disokong dalam artikel ini.

Item ini tidak tersedia di negara anda

Jika anda melihat ralat "Tidak tersedia di negara anda, atau jika petua penyelesaian masalah Pusat Bantuan Google Play tidak membantu, lawati halaman ini untuk memuat turun WhatsApp sebagai fail APK dan kemas kini aplikasi. Apabila membuka fail APK, anda perlu mengetik TETAPAN > Benarkan daripada sumber ini.

Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Mengapa artikel ini tidak membantu?
  • Artikel itu mengelirukan
  • Artikel itu tidak menjawab soalan saya
  • Penyelesaiannya tidak berhasil
  • Saya tidak suka ciri atau dasar itu
Terima kasih atas maklum balas anda
Pusat Info

WhatsApp

  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Muat Turun
  • WhatsApp Web
  • Perniagaan
  • Privasi

Syarikat

  • Perihal
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Berhubunglah
  • Blog
  • Cerita WhatsApp

Muat Turun

  • Mac/PC
  • Android
  • iPhone

Bantuan

  • Pusat Info
  • Twitter
  • Facebook
  • Koronavirus
2021 © WhatsApp LLC
Terma & Privasi