Kiraan mesej di sebelah ikon WhatsApp dikenali sebagai lencana. Ciri ini disediakan oleh pengeluar telefon anda. Sebagai alternatif, sesetengah pelancar seperti Nova atau aplikasi seperti Notifyer memberi keupayaan untuk memaparkan lencana pada aplikasi.
Jika anda tidak melihat lencana pada ikon anda, anda mungkin perlu memadamkan pintasan dan menyeret pintasan baru daripada laci Aplikasi anda.
Untuk membuang pintasan daripada skrin utama anda, ketik dan tahan atas pintasan dan kemudian seretkannya ke ikon padam (kebanyakannya terletak di bahagian atas skrin).
Jika anda melihat kiraan lencana yang tidak betul, sila baca artikel ini.