Jika anda telah menerima mesej dalam aplikasi yang menyatakan bahawa akaun anda “Disekat sementara”, ini bermakna kemungkinan anda menggunakan versi WhatsApp yang tidak disokong dan bukannya aplikasi WhatsApp rasmi. Jika anda tidak bertukar kepada aplikasi rasmi selepas disekat sementara, akaun anda mungkin akan disekat daripada menggunakan WhatsApp secara kekal.
Aplikasi yang tidak disokong, seperti WhatsApp Plus, WhatsApp GB atau aplikasi yang mendakwa untuk memindahkan sembang WhatsApp anda di antara telefon, adalah versi WhatsApp yang telah diubah. Aplikasi tidak rasmi ini dibina oleh pihak ketiga dan melanggar Terma Perkhidmatan kami. WhatsApp tidak menyokong aplikasi pihak ketiga ini kerana kami tidak dapat mengesahkan amalan keselamatan mereka.
Anda mungkin perlu menyandarkan sejarah sembang anda sebelum beralih kepada aplikasi WhatsApp rasmi. Nama aplikasi tidak disokong yang anda gunakan menentukan sama ada anda perlu memindahkan sejarah sembang anda. Cari nama aplikasi tersebut dengan mengetik Lebih Pilihan > Tetapan > Bantuan > Info aplikasi. Ikuti langkah-langkah di bawah berdasarkan nama aplikasi: WhatsApp Plus atau GB WhatsApp.
Jika anda menggunakan aplikasi selain daripada WhatsApp Plus atau GB WhatsApp, kami mengesyorkan anda menyimpan sejarah sembang anda sebelum memuat turun aplikasi WhatsApp rasmi.
Kami mengesyorkan anda untuk mengikuti langkah-langkah di bawah untuk menyimpan dan memindahkan sejarah sembang anda. Kegagalan untuk mengikuti langkah-langkah berikut boleh menyebabkan kehilangan sejarah sembang. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak dapat menjamin bahawa pemindahan sejarah sembang ini akan berjaya kerana WhatsApp tidak menyokong aplikasi tidak rasmi.
Jika sejarah sembang anda telah disimpan sebelum ini, ia patut dipindahkan secara automatik kepada aplikasi WhatsApp rasmi. Ketahui cara menyimpan sejarah sembang anda di Pusat Info kami.