Untuk sesetengah pautan yang anda terima dalam sembang, anda mungkin akan melihat penunjuk pautan mencurigakan.
Penunjuk ini mungkin muncul apabila sebuah pautan mengandungi kombinasi aksara yang dianggap sebagai pelik. Spammer mungkin menggunakan kombinasi aksara ini untuk menipu anda untuk mengetik atas pautan yang nampak seperti akan membuka laman web yang sah, tetapi sebenarnya membuka laman web yang berbahaya.
Di sini terdapat contoh pautan mencurigakan:
https://ẉhatsapp.com/tiket-percuma
Nota: Aksara pertama nampaknya seperti huruf "w" tetapi sebenarnya adalah huruf "ẉ", yang bermakna spammer mungkin telah menipu anda untuk melawat laman web yang bukannya berkaitan dengan WhatsApp.
Apabila menerima pautan, sila semak dengan teliti kandungan mesej tersebut. Jika pautan ditanda sebagai mencurigakan, anda boleh ketik pautan dan mesej popup akan muncul, dan akan menyerlahkan aksara yang pelik dalam pautan tersebut. Kemudian, anda boleh pilih untuk buka pautan tersebut atau kembali ke sembang.
WhatsApp secara automatik akan menyemak untuk menentukan jika sebuah pautan adalah mencurigakan. Untuk melindungi privasi anda, semakan ini berlaku di peranti anda, dan oleh kerana adanya penyulitan hujung ke hujung, WhatsApp tidak dapat melihat kandungan mesej anda.
Untuk mempelajari lebih mengenai cara tetap selamat di WhatsApp, baca artikel ini.