Cara menyemak resit dibaca
Tanda semak akan muncul di sebelah setiap mesej yang dihantar. Berikut adalah maksud setiap tanda semak:
Mesej telah berjaya dihantar. Mesej telah berjaya dihantar kepada telefon penerima atau mana-mana peranti terpaut penerima. Penerima telah membaca mesej anda.
- Tanda semak kedua akan muncul apabila mesej telah dihantar kepada mana-mana peranti terpaut penerima, walaupun telefonnya dimatikan.
- Dalam sembang grup, tanda semak kedua akan muncul apabila semua peserta dalam grup telah menerima mesej anda. Dua tanda semak biru akan muncul apabila semua peserta dalam grup telah membaca mesej anda.
Info mesej
Untuk sebarang mesej yang anda hantar, anda akan dapat melihat skrin info mesej, yang memaparkan butiran tentang masa mesej anda dihantar, dibaca atau dimainkan oleh penerima.
Untuk melihat skrin info mesej:
- Buka sembang individu atau grup.
- Ketik dan tahan mesej yang telah dihantar.
- Ketik
. Sebagai alternatif, anda mungkin perlu mengetik Pilihan lain > Info.
Skrin info mesej menunjukkan:
Dihantar:
- Mesej anda telah dihantar kepada telefon atau peranti terpaut penerima, tetapi penerima belum melihat mesej tersebut.
Dibaca atau Dilihat:
- Penerima telah membaca mesej atau melihat gambar, fail audio atau video anda.
- Penerima telah melihat mesej suara anda, tetapi belum memainkannya.
Dimainkan:
- Penerima telah memainkan mesej suara anda.
Nota: Apabila peserta keluar daripada grup, skrin Info mesej masih akan menunjukkan maklumat asal dengan semua peserta, termasuk peserta yang telah meninggalkan grup.
Resit dibaca tidak kelihatan
Jika anda tidak melihat dua tanda semak biru, mikrofon biru, atau label "Dibuka" di sebelah mesej yang telah dihantar atau mesej suara anda:
- Anda atau penerima anda mungkin telah mengenyahdayakan resit dibaca dalam tetapan privasi.
- Penerima mungkin telah menyekat anda.
- Penerima mungkin belum membuka perbualan anda.
- Anda atau penerima mungkin sedang mengalami isu sambungan.
Mematikan resit dibaca
Untuk mematikan resit dibaca, ketik Pilihan lain
Nota: Ini tidak akan mengenyahdayakan resit dibaca untuk sembang grup atau resit telah dimainkan untuk mesej suara. Tetapan tersebut tidak boleh dimatikan.