Cara menyekat dan melaporkan kenalan
Anda boleh berhenti menerima mesej, panggilan dan pengemaskinian status daripada kenalan tertentu dengan menyekat mereka. Anda juga boleh melaporkan mereka sekiranya anda fikir mereka menghantar kandungan bermasalah atau spam.
Menyekat kenalan
- Buka WhatsApp, ketik Pilihan lain
> Tetapan. - Ketik Akaun > Privasi > Kenalan disekat.
- Ketik Tambah
. - Cari atau pilih kenalan yang ingin disekat.
- Ketik Tambah
Berikut adalah beberapa cara alternatif untuk menyekat kenalan:
- Buka sembang dengan kenalan tersebut, kemudian ketik Pilihan lain
> Lagi > Sekat > SEKAT atau LAPOR DAN SEKAT, yang akan melapor dan menyekatkan nombor tersebut. - Buka sembang dengan kenalan itu, kemudian ketik nama kenalan tersebut > Sekat > SEKAT.
Menyekat nombor telefon yang tidak dikenali
- Buka sembang WhatsApp dengan nombor telefon yang tidak dikenali.
- Ketik SEKAT.
- Ketik SEKAT atau LAPOR DAN SEKAT, yang akan melapor dan menyekatkan nombor tersebut.
Nota:
- Kenalan yang disekat tidak lagi akan dapat menghubungi atau menghantar mesej kepada anda.
- Maklumat terakhir dilihat, dalam talian, pengemaskinian status, dan sebarang perubahan yang dibuat kepada foto profil anda tidak lagi dapat dilihat oleh kenalan yang telah anda sekat.
- Menyekat kenalan tidak akan mengalih keluar mereka daripada senarai kenalan anda, ia juga tidak akan mengalih keluar anda daripada senarai pada telefon kenalan. Untuk memadamkan kenalan, anda mesti memadamkan kenalan tersebut daripada buku alamat telefon anda.
- Jika anda berasa bimbang sama ada kenalan yang disekat akan tahu jika anda menyekat mereka, sila baca artikel ini.
Mengenyahsekat kenalan
- Dalam WhatsApp, ketik Pilihan lain
> Tetapan. - Ketik Akaun > Privasi > Kenalan disekat.
- Ketik kenalan yang ingin dinyahsekat.
- Ketik Nyahsekat {kenalan}. Anda dan kenalan tersebut kini akan dapat menghantar dan menerima mesej, panggilan, dan pengemaskinian status.
Sebagai alternatif, anda boleh mencari kenalan yang telah anda sekat > ketik dan tahan kenalan tersebut > ketik Nyahsekat {kenalan}.
Nota:
- Jika anda mengenyahsekat seorang kenalan, anda tidak akan menerima sebarang mesej, panggilan atau pengemaskinian status yang dihantar oleh kenalan tersebut ketika tempoh mereka disekat.
- Jika anda mengenyahsekat kenalan atau nombor telefon yang sebelum ini tidak disimpan pada buku alamat telefon anda, anda tidak akan dapat memulihkan kenalan atau nombor telefon tersebut pada peranti anda.
Melaporkan kenalan
- Buka sembang dengan pengguna yang ingin dilaporkan.
- Ketik Pilihan lain
> Lagi > Lapor.- Tandakan kotak jika anda juga ingin menyekat pengguna dan memadamkan mesej dalam sembang tersebut.
- Ketik LAPOR.
Nota: Setelah laporan dibuat, WhatsApp akan menerima mesej terbaharu yang dihantarkan kepada anda oleh pengguna atau grup yang dilaporkan, berserta dengan maklumat tentang interaksi terkini anda dengan mereka.
Melaporkan foto atau video sekali paparan
- Buka foto atau video sekali paparan.
- Ketik Pilihan lain
> Lapor kenalan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri sekali paparan, baca artikel ini.