Ciri Lokasi Langsung membenarkan anda berkongsi lokasi masa nyata anda untuk tempoh masa tertentu dengan peserta sembang individu atau grup. Anda boleh mengawal tempoh masa dan sama ada anda mahu kongsikan lokasi langsung anda. Anda juga boleh berhenti berkongsi lokasi langsung anda pada bila-bila masa. Setelah perkongsian dihentikan atau tamat masa, lokasi langsung anda tidak lagi akan dikongsikan. Individu yang anda kongsikan lokasi langsung akan terus melihat lokasi yang anda kongsikan sebagai imej kecil statik, dan boleh mengetik pada imej tersebut untuk melihat lokasi terakhir anda yang dikemas kini.
Ciri ini disulitkan dari hujung ke hujung, yang bermakna tiada sesiapa dapat melihat lokasi langsung anda kecuali orang yang anda kongsikan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keselamatan anda di WhatsApp, sila lawati Keselamatan WhatsApp. Anda juga boleh membaca Dasar Privasi kami untuk maklumat lanjut tentang amalan privasi WhatsApp.
Mengongsi lokasi langsung anda
Dayakan keizinan lokasi untuk WhatsApp pada Tetapan telefon anda > Pemberitahuan & aplikasi > Lanjutan > Keizinan aplikasi > Lokasi > hidupkan WhatsApp. Sebagai alternatif, jika anda baru sahaja membuka WhatsApp, anda boleh pergi ke Tetapan telefon anda > Pemberitahuan & aplikasi > WhatsApp > Keizinan > hidupkan Lokasi.
Buka sembang dengan individu atau grup.
Ketik Lampirkan > Lokasi > Kongsi lokasi langsung.
Pilih tempoh masa anda ingin kongsikan lokasi langsung anda. Lokasi langsung anda akan berhenti dikongsikan selepas tempoh masa yang dipilih.
Sebagai pilihan, tambah komen.
Ketik Hantar.
Berhenti berkongsi lokasi langsung anda
Berhenti berkongsi lokasi langsung anda dalam sembang individu atau grup tertentu
Buka sembang individu atau grup tersebut.
Ketik Berhenti berkongsi > BERHENTI.
Berhenti berkongsi lokasi langsung anda dalam semua sembang individu atau grup
Ketik Lagi opsyen > Tetapan > Akaun > Privasi > Lokasi langsung.
Ketik BERHENTI BERKONGSI > BERHENTI.
Nota:
Anda boleh menyahdayakan keizinan lokasi untuk WhatsApp pada bila-bila masa dengan pergi ke Tetapan telefon anda > Pemberitahuan & aplikasi > Lanjutan > Keizinan aplikasi > Lokasi > matikan WhatsApp.
Sebagai alternatif, jika anda baru sahaja membuka WhatsApp, anda boleh pergi ke Tetapan telefon anda > Pemberitahuan & aplikasi > WhatsApp > Keizinan > matikan Lokasi.