Dengan ciri senarai siaran, anda boleh menghantar mesej kepada beberapa kenalan anda sekali gus. Senarai siaran adalah senarai penerima mesej yang disimpan supaya anda boleh menghantar mesej siaran berulang kali kepada mereka tanpa perlu memilih kenalan anda setiap kali.
Ini akan mencipta senarai siaran yang baharu. Apabila anda menghantar mesej kepada senarai siaran, ia akan dihantar kepada semua penerima mesej dalam senarai tersebut yang mempunyai nombor anda disimpan pada buku alamat telefon mereka. Penerima akan menerima mesej sebagai mesej biasa. Apabila mereka membalas mesej, ia akan muncul sebagai mesej biasa dalam skrin SEMBANG anda. Balasan mereka tidak akan dihantar kepada penerima lain dalam senarai siaran tersebut.
Nota: Hanya kenalan yang telah menyimpan maklumat kenalan anda pada buku alamat telefon mereka akan menerima mesej siaran anda. Jika kenalan anda tidak mendapat mesej-mesej siaran anda, semak untuk pastikan mereka telah menyimpan maklumat anda pada buku alamat mereka. Senarai siaran adalah komunikasi satu kepada banyak. Jika anda ingin penerima mesej anda mengambil bahagian dalam perbualan grup, anda patut mencipta sembang grup.
Secara alternatif, buka senarai siaran yang ingin anda padam, kemudian ketik nama senarai siaran atau penerima > Padam senarai siaran > PADAM.