Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsAppPusat Info
WHATSAPP WEB
CIRI
MUAT TURUN
KESELAMATAN
PUSAT BANTUAN

Pilih bahasa anda

  • azərbaycan

  • Afrikaans

  • Bahasa Indonesia

  • Melayu

  • català

  • čeština

  • dansk

  • Deutsch

  • eesti

  • English

  • español

  • français

  • Gaeilge

  • hrvatski

  • italiano

  • Kiswahili

  • latviešu

  • lietuvių

  • magyar

  • Nederlands

  • norsk bokmål

  • o‘zbek

  • Filipino

  • polski

  • Português (Brasil)

  • Português (Portugal)

  • română

  • shqip

  • slovenčina

  • slovenščina

  • suomi

  • svenska

  • Tiếng Việt

  • Türkçe

  • Ελληνικά

  • български

  • қазақ тілі

  • македонски

  • русский

  • српски

  • українська

  • עברית

  • العربية

  • فارسی

  • اردو

  • বাংলা

  • हिन्दी

  • ગુજરાતી

  • ಕನ್ನಡ

  • मराठी

  • ਪੰਜਾਬੀ

  • தமிழ்

  • తెలుగు

  • മലയാളം

  • ไทย

  • 简体中文

  • 繁體中文(台灣)

  • 繁體中文(香港)

  • 日本語

  • 한국어

  • Muat Turun

  • Ciri-ciri

  • Keselamatan

  • Pusat Info

  • Berhubunglah

Bagaimana kami boleh membantu?

Anda juga boleh melayar topik di bawah untuk mencari apa yang anda kehendaki.
  1. Android
  2. Sembang

Cara memulihkan sejarah sembang anda

Untuk memastikan bahawa sembang anda disandarkan sebelum memulihkannya pada peranti Android baharu:

  1. Buka WhatsApp > Pilihan lain > Tetapan > Sembang > Sandaran Sembang.
  2. Pilih Akaun Google yang ingin disandarkan dengan sembang anda. Anda juga boleh mencipta sandaran setempat pada peranti anda.
  3. Ketik SANDARKAN.
  4. Setelah sandaran disimpan, anda boleh mengalih keluar WhatsApp daripada peranti anda dan memasangnya pada peranti Android baharu anda.

Memulihkan daripada sandaran Google Drive

Untuk mengekalkan salinan sejarah sembang anda pada Google Drive, anda boleh mendayakan ciri sandaran automatik untuk sembang anda dan memilih kekerapannya kepada harian, mingguan atau bulanan. Untuk berjaya memulihkan sandaran Google Drive, anda perlu menggunakan nombor telefon dan Akaun Google yang sama yang digunakan untuk mencipta sandaran.

Untuk memulihkan sandaran anda:

  1. Pastikan peranti Android baharu anda dipautkan pada Akaun Google yang menyimpan sandaran anda
  2. Pasang dan buka WhatsApp, kemudian sahkan nombor anda.
  3. Ketik PULIHKAN apabila diprom untuk memulihkan sembang dan media anda daripada Google Drive.
  4. Selepas proses pemulihan selesai, ketik SETERUSNYA. Sembang anda akan dipaparkan apabila proses pengawalan selesai.
  5. WhatsApp akan terus memulihkan fail media anda selepas sembang anda dipulihkan.

Jika anda memasang WhatsApp tanpa sebarang sandaran daripada Google Drive sebelum ini, WhatsApp akan memulihkan daripada fail sandaran setempat anda secara automatik.

Memulihkan daripada sandaran setempat

Jika anda ingin menggunakan sandaran setempat, anda perlu memindahkan fail kepada telefon menggunakan komputer, penjelajah fail atau kad SD.

Untuk memulihkan sandaran anda:

  1. Muat turun aplikasi pengurus fail.
  2. Dalam aplikasi pengurus fail, navigasi ke storan setempat atau sdcard anda > WhatsApp > Pangkalan Data. Jika data anda tidak disimpan pada kad SD, anda mungkin akan melihat "storan dalaman" atau "storan utama". Salin fail sandaran paling baharu pada folder Pangkalan Data storan setempat bagi peranti baharu anda.
  3. Pasang dan buka WhatsApp, kemudian sahkan nombor anda.
  4. Ketik PULIHKAN apabila diprom untuk memulihkan sembang dan media anda daripada sandaran setempat.

Nota:

  • Telefon anda akan menyimpan fail sandaran setempat tujuh hari terakhir.
  • Sandaran setempat akan dicipta secara automatik setiap hari pada pukul 2 pagi dan disimpan sebagai satu fail pada telefon anda.
  • Jika data anda tidak disimpan pada folder /sdcard/WhatsApp/, anda mungkin akan melihat folder "storan dalaman" atau "storan utama".

Memulihkan sandaran setempat yang bukan terbaru

Jika anda ingin memulihkan sandaran setempat yang bukan terbaru, anda perlu melakukan yang berikut:

  1. Muat turun aplikasi pengurus fail.
  2. Dalam aplikasi pengurus fail, navigasi ke storan setempat atau sdcard anda > WhatsApp > Pangkalan Data. Jika data anda tidak disimpan pada kad SD, anda mungkin akan melihat "storan dalaman" atau "storan utama".
  3. Namakan fail sandaran yang ingin dipulihkan semula daripada msgstore-HH.BB.TTTT.1.db.crypt12 kepada msgstore.db.crypt12. Kemungkinan sandaran terdahulu anda adalah pada protokol yang lebih awal, seperti crypt9 atau crypt10. Jangan ubah nombor sambungan crypt.
  4. Nyahpasang dan pasang semula WhatsApp.
  5. Ketik PULIHKAN apabila diprom.

Sumber berkaitan:

  • Cara membuat sandaran pada Google Drive
  • Tidak dapat mencipta atau memulihkan sandaran Google Drive
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Mengapa artikel ini tidak membantu?
  • Artikel itu mengelirukan
  • Artikel itu tidak menjawab pertanyaan saya
  • Penyelesaiannya tidak berhasil
  • Saya tidak suka ciri atau dasar itu
Terima kasih atas maklum balas anda
Pusat Info

WHATSAPP

Ciri-ciri

Keselamatan

Muat Turun

WhatsApp Web

Perniagaan

Privasi

SYARIKAT

Perihal

Kerjaya

Pusat Jenama

Berhubunglah

Blog

Cerita WhatsApp

MUAT TURUN

Mac/PC

Android

iPhone

BANTUAN

Pusat Info

Twitter

Facebook

Koronavirus

2022 © WhatsApp LLC

Terma & Privasi