Secara lalai, mana-mana peserta grup boleh menukar subjek, ikon, deskripsi, atau menghantar mesej. Walau bagaimanapun, seorang pentadbir boleh menukar tetapan grup untuk membenarkan pentadbir sahaja yang boleh mengedit info grup atau menghantar mesej.
Menukar subjek grup
Buka sembang grup WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
Sebagai alternatif, ketik dan tahan grup dalam tab SEMBANG. Kemudian ketik Lagi pilihan > Info grup.
Ketik Edit bersebelahan ikon dan subjek grup.
Masukkan subjek baru, kemudian ketik OK.
Had subjek adalah 25 aksara.
Anda boleh tambah emoji pada subjek anda dengan mengetik Emoji.
Menukar ikon grup
Buka sembang grup WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
Sebagai alternatif, ketik dan tahan grup dalam tab SEMBANG. Kemudian ketik Lagi pilihan > Info grup.
Ketik ikon grup > Edit.
Pilih untuk menggunakan Galeri, Kamera atau Cari di Web anda untuk menambah imej baharu atau anda boleh Buang ikon.
Menukar deskripsi grup
Buka sembang grup WhatsApp, kemudian ketik subjek grup.
Sebagai alternatif, ketik dan tahan grup dalam tab SEMBANG. Kemudian ketik Lagi pilihan > Info grup.