Cara menukar tetapan pentadbir grup
Secara lalai, mana-mana peserta grup boleh menghantar mesej dan menukar maklumat grup termasuk subjek, ikon atau deskripsi grup. Walau bagaimanapun, seorang pentadbir grup boleh menukar tetapan grup untuk membenarkan pentadbir sahaja yang boleh mengedit info grup atau menghantar mesej.
Menukar tetapan info grup
- Buka sembang grup WhatsApp tersebut, kemudian ketik subjek grup.
- Sebagai alternatif, ketik dan tahan grup dalam tab SEMBANG. Kemudian, ketik Pilihan lain
> Info grup.
- Sebagai alternatif, ketik dan tahan grup dalam tab SEMBANG. Kemudian, ketik Pilihan lain
- Ketik Tetapan grup > Edit info grup.
- Pilih untuk membenarkan Semua peserta atau Hanya pentadbir untuk mengedit info grup.
- Ketik OK.
Menukar tetapan mesej grup
- Buka sembang grup WhatsApp tersebut, kemudian ketik subjek grup.
- Sebagai alternatif, ketik dan tahan grup dalam tab SEMBANG. Kemudian, ketik Pilihan lain
> Info grup.
- Sebagai alternatif, ketik dan tahan grup dalam tab SEMBANG. Kemudian, ketik Pilihan lain
- Ketik Tetapan grup > Hantar mesej.
- Pilih untuk membenarkan Semua peserta atau Hanya pentadbir untuk menghantar mesej.
- Ketik OK.
Peserta boleh terus menghubungi pentadbir dengan mengetik pentadbir dalam grup, kemudian mengetik nama pentadbir yang ingin dimesej.