Untuk menggunakan sandaran Google Drive, anda perlu mempunyai:
Akaun Google diaktifkan pada telefon anda.
Perkhidmatan Google Play dipasang pada telefon anda. Ini adalah aplikasi yang digunakan untuk mengemas kini aplikasi Google dan aplikasi daripada Gedung Google Play.
Ruang kosong yang mencukupi pada telefon anda untuk mencipta sandaran.
Sambungan Internet yang kukuh dan stabil.
Mengeset sandaran Google Drive
Buka WhatsApp.
Ketik Lagi opsyen > Tetapan > Sembang > Sandaran sembang > Buat sandaran pada Google Drive.
Pilih kekerapan sandaran selain daripada Jangan Sesekali.
Pilih akaun Google yang ingin anda gunakan untuk membuat sandaran sejarah sembang anda.
Jika anda tidak mempunyai akaun Google bersambung, ketik Tambah akaun apabila diprom dan masukkan butiran kelayakan log masuk anda.
Ketik Sandarkan melalui untuk memilih rangkaian yang ingin anda gunakan untuk membuat sandaran.
Nota: Membuat sandaran melalui rangkaian data selular boleh menyebabkan caj data tambahan.
Membuat sandaran secara manual pada Google Drive
Anda juga boleh memilih untuk membuat sandaran sembang anda secara manual pada Google Drive pada bila-bila masa.