Cara mengosongkan storan di WhatsApp
Anda boleh melihat saiz storan yang digunakan oleh WhatsApp pada peranti anda dan mengosongkan storan dengan memadamkan item.
Melihat storan
- Pada tab SEMBANG, ketik Pilihan lain
> Tetapan. - Ketik Storan dan data > Urus storan.
Saiz ruang yang digunakan pada peranti anda oleh media WhatsApp dan Aplikasi serta item lain dipaparkan di bahagian atas skrin.
Menyemak dan memadam item
Anda boleh mengosongkan storan dengan memadam item yang bersaiz besar atau telah dimajukan banyak kali. Anda juga boleh memadam item bagi setiap sembang.
Menyemak item
- Pada tab SEMBANG, ketik Pilihan lain
> Tetapan. - Ketik Storan dan data > Urus storan.
- Ketik Dimajukan banyak kali, Lebih besar daripada 5 MB atau pilih sembang khusus.
- Anda boleh mengetik ikon isih untuk mengisih mengikut Paling baru, Paling lama atau Paling besar.
- Saiz fail item dipaparkan di sudut atas item tersebut.
- Ketik pada item untuk menyemak. Anda juga boleh:
- Melihat sembang asal datangnya item tersebut dan waktu ia dihantar: Ketik Lagi
> Tunjukkan dalam sembang. - Membintang atau menyahbintang item: Ketik Bintang
atau Nyahbintang .
Memadam item
Jika anda memilih untuk memadam item, ia akan dipadamkan daripada media WhatsApp anda. Item yang telah dipadam mungkin masih disimpan pada peranti anda. Jika anda mempunyai berbilang salinan item, anda juga perlu memadam semua salinan untuk mengosongkan ruang.
- Pada tab SEMBANG, ketik Pilihan lain
> Tetapan. - Ketik Storan dan data > Urus storan.
- Ketik Dimajukan banyak kali, Lebih besar daripada 5 MB atau pilih sembang khusus.
- Anda boleh:
- Padam semua item: Ketik Pilih semua jika anda ingin memadam semua item sekali gus.
- Padam item tertentu: Ketik dan tahan item yang ingin anda padamkan. Pilih item tambahan untuk memadam pelbagai item sekali gus.
- Ketik Padam
. - Pilih Padam item berbintang untuk memadam item berbintang.
- Pilih Padam sebarang salinan untuk memadam pendua.
- Ketik PADAM.
Memadam item melalui carian
Anda juga boleh memadam item tertentu dengan menggunakan ciri carian.
- Pada tab SEMBANG, ketik Carian
. - Ketik Foto, Video atau Dokumen.
- Ketik item yang ingin anda padamkan.
- Ketik Lagi
> Padam. - Sebagai pilihan, ketik Padam media dalam sembang ini.
- Ketik PADAM.
Isyarat storan rendah
Jika saiz storan yang tersedia pada peranti anda mencapai tahap rendah yang kritikal, WhatsApp mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik. Jika ini berlaku, WhatsApp mungkin akan memprom anda untuk mengosongkan ruang untuk terus menggunakan aplikasi tersebut.
Anda juga boleh mengosongkan ruang dengan memadam aplikasi yang tidak anda gunakan lagi atau video, foto atau fail bersaiz besar yang tersimpan pada telefon anda. Untuk maklumat lanjut tentang cara mengosongkan storan pada telefon anda luar daripada WhatsApp, sila lawati pengeluar telefon anda.
Sumber berkaitan:
- Cara mengosongkan storan di WhatsApp pada iPhone
- Perihal had pemajuan